Tuesday, October 30, 2012

Snowy Cheese Cake, Caramel Cake & Cream Puff tempahan Mona

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sebenarnya, mula mula Mona tempah kek karamel ni satu. Komen Mona : Eeemmm, sedap gilerrrr....... hehehe. Thanks Mona. 

Selang beberapa hari Mona buat repeat order. Kali ni selain kek karamel, ada tambahan Cream Puff dan Snowy Cheese Cake juga. Semua ni Mona tempah pada hari raya aidl adha lepas. Tak sangka Mona duduk setaman dengan kita. Kata Mona, kalau kita bakaq kek, dia pun boleh bau, huhuhu, terkejut beruk kita dibuatnya, ingatkan jiran belakang rumah. Tapi bila sebut area Alamaya, bergerun den, dah terbayang dah kalau tak dak  RM setengah juta tak merasa la dok kat area Mona, area elit ler katakan, mahai tu....... kik kik kik

Snowy Cheese Cake


Cream puff with creamy custard.



Zoommmmmm......   mai tengok dekat sikit.....


Kek karamel ni adik Mona nak bawak balik ke KL.



Terimakasih banyak diatas tempahan ini, sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Monday, October 29, 2012

Kek Pisang Coklat Urai tempahan Aidil Adha

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Salam Aidil Adha diucapkan buat semua ya. Terlewat pulak nak publish n3.
Kek pisang coklat urai berbadam ini tempahan kawan hubby. Gambar ambil waktu subuh sebab tu gelap sikit. Tak tahu pulak siapa nama kawan hubby itu. Beliau nakkan satu ada badam dan satu lagi tak ada badam. Terimakasih banyak di atas tempahan ini.
Yang dua lagi ni pulak tempahan Atikah dari Ipoh. Atikah dah pernah menempah kek karamel tak lama dulu. Atikah ni penuntut Maktab Pergurusan Ipoh, Perak. Jauh mali woooo hehehe. Kek ni Atikah minta tolong kawan beliau yang ambilkan untuk hari raya juga sebab masa tu beliau ada final exam. Semuga berjaya dengan cemerlang ya Atikah.
Close up sikit......
Terimakasih banyak kepada semuanya yang telah sudi menempah. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Friday, October 26, 2012

Cheese Tart tempahan Siti Susi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

Strawberry dan blueberry cheese tart tempahan Siti Susi untuk makan makan bersama teman teman di ofis.
Kalau nak packing macam ni, boleh aja kita aturkan.
Yang macam ni pun boleh. Pilih aja yang mana berkenan di hati.
Terimakasih banyak di atas tempahan ini.

Friday, October 12, 2012

Red Velvet Cake tempahan Fiqah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Red Velvet Cake tempahan Fiqah.
Terimakasih banyak Fiqah kerana selalu tempah kek dari akak.
Selamat Makan Makan.
Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Wednesday, October 10, 2012

Kek Karamel Berbunga bunga buat Nurul Syahindah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek karamel kembali lagiiiii, hehehe
Ni repeat order dari Cik Puan Rashidah Muhammad, teman seofis zaman kerja dulu dulu. Tak jemu jemu Shidah dengan kek karamel ni.
Shidah nakkan design yg macam ditempah oleh Ina. Selamat Hari Lahir Syahindah, semuga menjadi anak yang solehah, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki, amin.
Terimakasih banyak Shidah, muaaahhhhh lap u, hehehe. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Monday, October 8, 2012

Kids Birthday Cake - Happy 6th birthday Naufal

Kids birthday cake.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek karamel dan kek coklat lembab tempahan Yusnani untuk anaknya Naufal yang menyambut hari lahir yang ke 6. Yusnani dah pernah menempah kek untuk anak dan husband baru baru ini.
Kek karamel yang ditempah hari tu tak cukup kata Yus. Jadi, tempah lebih sikit kali ni.
Selamat Hari Lahir diucapkan buat Naufal. Semuga menjadi anak yang soleh dan diberkati senantiasa.
Terimakasih banyak di atas tempaahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.