Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Seberang Perai Pulau Pinang
Sunday, May 8, 2011
Happy Mother's Day Cupcakes
Salam dan Selamat Hari Ibu buat semua,
Dah malam baru berkesempatan update n3, dua tiga hari ni agak sibuk sedikit. Siang tadi pun selepas hantar kek, saya menghadiri kenduri di rumah brother in law yang akan menunaikan umrah tak lama lagi. Mujur juga, dah diletakkan dua, tiga n3 sebelum ni, jadi autopublish jer la. Masih tak sempat menjengah teman2 semua, insyaAllah nanti saya akan menyusul.
Hari hari adalah Hari Ibu sebenarnya. Semuga kita dapat memberikan yang terbaik buat ibu yang telah banyak berkorban jiwa dan raga demi kelangsungan hidup kita. Bagi saya, hanya doa yang dapat dipanjatkan buat ibu dan ayah yang telah lama meninggalkan alam fana ini. Semuga ALLAH menempatkan mereka dikalangan orang orang yang beriman di dalam syurga abadi. Kepada yang masih mempunyai ibu dan ayah, hargailah mereka dan berikanlah yang terbaik sementara mereka masih ada.
Bersempena dengan hari ibu ini, ada sedikit tempahan cupcakes yang saya terima. Cupcakes pertama dibuat istimewa buat Puan Ani, ibu kepada Min. Min dari KL memesan cupcake ini untuk dihantar kepada ibunya yang tercinta yang berada di Permatang Janggus, Permatang Pauh. Terimakasih bebanyak ya Min di atas tempahan ini, harap Min dan ibu berpuashati dengan cupcake fondant itu. Sangat senang berurusan dengan Min, hanya melalui SMS, semuanya terlaksana.
Cupcake kedua pula ditempah oleh Marina juga dari KL untuk dihantar kepada ibunya yang tersayang iaitu Puan Rahmah yang berada di Kubang Semang, Bukit Mertajam. Marina adalah sahabat kepada Min. Sungguh mudah berurusan dengan mereka berdua, hanya melalui telefon dan sms sahaja.
Ini pula kesah kejadian yang tidak terduga sewaktu membuat tempahan ini. Membuat cupcake fondant agak mencabar kerana prosesnya yang agak rumit dan memerlukan ketelitian. Semasa proses membuat adunan fondant, tiba tiba terdengar letupan yang kuat dan serentak dengan itu bekalan elektrik ke kawasan saya terputus. Stesen janakuasa berhampiran meletup kuat dan terbakar. Sekejap sahaja, riuh rendah bunyi orangramai lalu lalang di hadapan rumah saya, mungkin kerana teruja hendak mengetahui apa yang telah berlaku. Saya yang masih di dapur pun terhenti. Dalam hati kecil ini berkata, habisla cupcake ku ini, macamana nak buat ni, gelap gelita, satu hapa pun tak nampak di mata, sambil tangan ni meraba raba mencari lampu suluh di dalam bilik. Anak yang kecil menangis ketakutan kerana kegelapan. Setelah lampu suluh dicapai saya dan anak kecil yang memegang baju sambil mengekori pergerakan saya terus keluar rumah ingin juga mengetahui apa yang telah terjadi. Jiran jiran semua telahpun berada di hadapan rumah masing masing, ada yang menelefon, ada yang bersembang, ada juga yang membunyikan hon motor dengan bingit sekali. Satu taman bergelap malam itu, kejadian berlaku kira-kira jam 8.00malam. Jangka saya, mungkin esok baru bekalan dapat disambungkan kembali, tapi alhamdulillah lebih kurang 1/2 jam selepas itu, lampu menyala kembali. Fuhhhh!!! lega rasa hati saya, barula dapat menyambung balik membuat cupcake, kalau tidak tak taulah apa jadi dengan cupcake itewwwww.
Menunaikan permintaan Min yang mahu cupcakenya dihantar awal pagi bagi membuat "surprise" buat ibunya. Jadi, seawal jam 8.00pagi, saya, hubby serta anak kecil saya bertolak ke rumah Min. Tak susah mencari rumah ibu Min kerana Min telah memberikan petunjuk yang cukup lengkap untuk memudahkan saya mencarinya, lagipun rumahnya berhampiran jalanraya. Selepas ke rumah Min, saya terus ke rumah ibu Marina pula, pun tidak payah mencarinya. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan segala urusan saya.
Buat Min dan Marina, terimakash bebanyak diatas tempahan ini. Harap kalian berdua berpuashati. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)