Saturday, June 30, 2012

Red Velvet Cake II


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, 
Red Velvet Cake dengan cream cheese frosting sesuai untuk sebarang majlis.













Thursday, June 28, 2012

Kek Karamel tempahan Marliana


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Tempahan Marliana untuk buat kenduri kat opis.


Liana nak satu warna coklat dan satu lagi warna oren.



Terimakasih Liana.

Tuesday, June 26, 2012

Happy Birthday Daniel dan KakChik


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Tempahan kek karamel daripada Rina untuk Daniel dan KakChik. Nampaknya kek karamel masih berada di ranking teratas masakini, alhamdulillah.


Rina nakkan pattern macam yang ditempah oleh Ina baru baru ini.


Selamat Hari Lahir Daniel dan KakChik. Semuga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki.




Terimakasih banyak di atas tempahan ini.


Sila layari  :  
http://dewattiesdelight.blogspot.com

Sunday, June 24, 2012

Thursday, June 21, 2012

Snowy Cheese Cake tempahan Fiqah


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Snowy Cheese Cake tempahan Fiqah, ZF Lenksysteme, Prai.  Fiqah dah pernah menempah keks sebelum ini.  Untuk hari istimewa bapa kali ini Fiqah mencuba pula snowy cheese cake ini.


Happy father's day diucapkan untuk Super Papa dan semua bapa  macho di mana sahaja anda berada.......


Kata pujangga, kasih bapa sepanjang masa.  Bapa sanggup mengorbankan wang, masa dan tenaga demi untuk kebahagiaan keluarga.


Walaupun kadangkala bicara seorang bapa mungkin agak tegas dan serius, namun jauh di sudut hatinya dia mahu melihat anak anaknya bahagia dan berjaya.  Itulah kasih seorang bapa, tidak ternilai harganya.






Diharapkan kek ini menepati citarasa semua.  Thanks Fiqah for your continuous support.  

Tuesday, June 19, 2012

Chocolate Moist Cake buat Pn Khasma


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 



Chocolate Moist Cake tempahan Intan dan Kamal dari KL untuk dihantar kepada ibu, Pn Khasma yang bertugas di SONY EMSC Prai, Seberang Perai. Malangnya saya tersilap tarikh. Sepatutnya kek dihantar pada hari khamis 14hb June, tetapi saya terhantar kek  sehari sebelumnya iaitu pada hari rabu, 13hb June. Maaf jugalah yang saya pinta di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu. 



Walaupun begitu, saya lihat ada keceriaan di wajah ibu mertua Intan pabila saya menyatakan ada kiriman istimewa daripada anak anak beliau. 


Bertuahnya Pn Khasma punya seorang menantu yang begitu menyayangi beliau.


Kata Pn Khasma pula, beliau menganggap menantunya seperti anak anak beliau sendiri.  Tersentuh rasa hati kecil ini.


Selamat Hari Lahir diucapkan buat Pn Khasma, semuga hidup senantiasa diberkati, dilimpahi kasih dan sayang,  dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki,  amin.


Terimakasih diucapkan kepada Intan dan Kamal di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Sunday, June 17, 2012

Kek Karamel Lina



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Kek karamel tempahan Lina Nippon.




  Terimakasih Lina.

Tuesday, June 12, 2012

Happy Birthday Ayu and Mama


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Ini pula tempahan Sariah atau nama manjanya Ina.



Happy Birthday Ayu dan Mama.



Ina request kek yang ada bunga bunga yang macam Rose HR tempah baru baru ini.


Lama juga sebenarnya kita tak buat bunga rose macam ni, lepas gian jap....




Terimakasih banyak di atas tempahan ini.

Sunday, June 10, 2012