Showing posts with label Ala Ala Western. Show all posts
Showing posts with label Ala Ala Western. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Mini Baked Macaroni / Makaroni Bakar Mini


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Makaroni Bakar Mini ini saya buat atas permintaan Ana, Penang.  Kata Ana, makaroni ni nak dibawa ke Batu Feringghi dimana satu majlis BBQ akan diadakan pada malam hari tu di sana. Untuk hidangan VVIP......hehehe


Puas juga saya memikirkan cara packing yang sesuai untuk makaroni ini kerana di atasnya ada bahan bahan tabur serta juraian  sos dan mayonaise.  Kalau tersilap packing tentu terpalit sana sini dan tak cantik kelihatannya.





Makaroni yang baru dibakar dengan taburan cheese parut sebelum dijuraikan dengan sos dan mayonaise







Senang untuk dinikmati, sorang ambil satu, tak payah potong potong dan yang penting semua dapat, takdala nanti yang kempunan pulak, yer dak...



Siap untuk disantap.




Terimakasih banyak diucapkan buat Ana dan suaminya yang telah memberikan saya peluang untuk menghasilkan makaroni bakar bersaiz mini begini. 


Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Wednesday, February 13, 2013

Baked Macaroni, Caramel Cake, Apam Ladybird dan Mini Cheese Tart


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 


 Tempahan Jafizah dari Balai Bomba Perai, sempena meraikan hari lahir teman sepejabatnya,  Ainul.  Nak buat surprise katanya.


Antara yang ditempah oleh Jafizah adalah  :-


Kek Karamel dengan hiasan bunga bungaan,



Selamat Hari Lahir Ainul, semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.


Saya terima sms daripada Jafizah sejurus selepas makan kek, berbunyi begini  :-
Sedap kek, tak manis sangat, semua suka, nanti boleh order lagi, tqvm.




Mini Cheese Tart. 


Makaroni Bakar




dan Apam Kumbang Kura Kura (Ladybird)


Terimakasih banyak diucapkan buat Jafizah di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.


Sunday, January 20, 2013

Yang bermacam macam ditempah Suliana, Taman Pauh Indah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Semua di atas ditempah oleh Suliana, Taman Pauh Indah sempena hari lahir anaknya pada 5hb Jan 2013 yang lepas.


Kata Su, ini kali pertama dia mengadakan majlis hari lahir.  Jadi, sebulan sebelum hari lahir Su dah menempah.  Majlis akan diadakan di Guar Perahu.  Terimakasih banyak Su kerana membuat tempahan awal.


Antara yang ditempah oleh Su ialah Marble Cheese Brownies, Mini Marble Cake, Cheese Tart, Durian Crepe, Apam LadyBird, Apam Polka Dot

Alhamdulillah, semuanya ini dapat disiapkan dalam masa sehari.  All in one day!!!   Mulai dari jam 8.00pagi hingga 1230tgh malam.  Berhenti seketika untuk solat dan makan sahaja.  Tak sangka pula saya, hairan pun ada bilamana saya dapat menyiapkan semua ini dalam jangkasama sehari, sehari sebelum pickup date.

Kalau dapat tempahan macam ni hari hari, mau pengsannnnnn dibuatnya.....tak sanggup den...huhuhu.  Kalau sebulan sekali cam ni, insyaAllah.
Masa ambil tempahan ni pun dah teragak agak, boleh ker aku buat semua ni dalam masa sehari, gabra jugakla.  Tapi dah tekad dalam hati, akan buat juga, lagipun kalau tak dicuba mana nak tahu kan...

Gambar tak berapa nak jelas sebab hari tu hujan, jadi cuaca gelap sedikit.  Su datang ambil jam 10pagi.  Jadi, tak dapatlah nak posing lama lama.

Selamat Hari Lahir diucapkan buat anak Su, semuga hidup diberkati senantiasa.  Lupa pula nak tanya siapa namanya.

Mari kita semua  jamu mata dengan lebih jelas  kesemua produk deWattiesDelight yang telah ditempah oleh Su ya.  Kita tengok satu persatu........   zoooommmmmm


Mini Marble Cake berkrim dengan hiasan badam panggang dan coklat urai.

InsyaAllah ada masa saya akan buat n3 lagi satu untuk kek mini ini dengan lebih jelas..

Marble Cheese Brownies

Apam Lady bird sebelum dikukus

100 biji Apam LadyBird yang sudah dikukus, siap untuk dimakan...
100 biji Apam Polka Dot
Apam Polka Dot yang tak berapa nak ceria warnanya

Banyak masa yang dihabiskan untuk melukis gambar ladybird ini, sampai lengoh lengoh satu badan. Kalau buat kek rasanya dah boleh bakar 2, 3 biji kek dalam jangkasama tersebut.  Kena pikir panjang jugakla kalau nak ambil tempahan yg ada lukisan cam ni kat atas di masa depan.






2 pek Chocolate Rice Banana Cake

10 pek durian crepe

50 biji Blueberry Cheese Tart yang montok montok





Keluaran terbaru dan tempahan pertama Makaroni Bakar/Baked Macaroni juga daripada Su.

Berat makaroni ini  melebihi 3kg
Antara bahan bahannya adalah makaroni, daging cincang Ramly, susu, telur, rempah rempah dll serta hiasan mayonaise, sos dan taburan cili merah dan dedaun
Terimakasih di ucapkan kepada Suliana kerana sudi menempah begitu banyak daripada deWatties Delight dan terimakasih juga di atas kepercayaan yang telah diberikan.   Sebarang kekurangan harap dimaafkan.