Showing posts with label Caramel Cake. Show all posts
Showing posts with label Caramel Cake. Show all posts

Wednesday, September 10, 2014

Kek Karamel, Krim Puff Berkrim Kastad dan Apam LadyBird Jafizah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ini semua tempahan daripada Jafizah, Kepala Batas sempena hari lahir 2 orang anaknya, iaitu anak yang kedua dan yang keempat.  
Kebetulan mertua datang sekali, jadi Jafizah tempah untuk makan makan bersama keluarga.

Antara yang ditempah oleh Fizah adalah kek karamel, apam lady bird dan cream puff.

Saya sangat sukakan suasana yang sebegini.  Berkumpul beramai ramai bersama famili sambil menikmati hidangan.  Selain dapat menjamu selera, berbual bual, bergurau senda sekaligus  mengeratkan ikatan kekeluargaan.





Apam yang mengmbil masa paling lama untuk dibuat.  Syukur 50 bijik saja, kalau lebih, gua angkat bendera putih naaa.   Selalu bila buat apam ni mesti terdetik dalam hati kata lagu ni,   "lain kali tak mau buat dah apam ni",  tapi.................keh keh keh...... tup tup nampak balik rupa apam ni dalam blog.


Kita mekap sikit kek karamel ni bagi nampak macam birthday cake.

Selamat hari lahir diucapkan buat Nazif dan Hana, semuga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah,  penyejuk hati ayah dan bonda, serta mendapat rahmat dan kasih sayang Allah senantiasa, amin.

Terimakasih banyak diucapkan di atas sokongan yang berterusan.  
Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Sunday, August 31, 2014

Snowy Cheese Cake, Caramel Cake, Baked Macaroni, Fruitcocktail pudding dan Apam ladybird untuk hantaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tempahan Pn Jarinah sebagai hantaran di hari perkahwinan anaknya Nadzmi. Pn Jarinah telah membuat tempahan sejak 3 bulan yg lalu. Termakasih banyak diucapkan, ianya sangat2 membantu.

Bekas hantaran disediakan oleh Pn Jarinah dan diserahkan seminggu awal.
Antara yang ditempah adalah, 

Puding Buah buahan campuran (fruitcocktail pudding)
Snowy Cheese Cake (Kek Cheese Bersalji)

Baked Macaroni (makaroni bakar).  Masa ni tak letak topping lagi.

Caramel cake (kek karamel)
Apam lady bird (apam kumbang kura kura)






Terimakasih banyak diucapkan diatas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.


Tuesday, August 26, 2014

Kek Karamel & Chocolate Crepe Aidil Fitri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Ini juadah sempena aidil fitri yang saya buatkan untuk hubby bawa ke tempat kerja.  
Kek karamel pandan dan chocolate crepe.

2kg



Wednesday, February 5, 2014

Kek Karamel Gong Xi Fa Chai


\Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek karamel Gong Xi Fa Chai saya buat untuk dihadiahkan pada kawan hubby yang berbangsa cina.






Malangnya kek tak sempat  nak disampaikan kerana kawan hubby dah baling kampung di Perak.


Jadi, apa kesudahannya dengan kek ini???  


Kek dikorbankan oleh anak anakku hehehe, rezeki merekala tu sebab masa membuat pun anak dah bertanya bila nak buat untuk kita makan.


Sebelum tu, kawan hubby hadiahkan buah limau mandarin dan bunga ini.  Cantik sangat, saya suka.


Masa diberikan, bunga belum kembang lagi.  Kata kawan hubby esok bunganya akan kembang.


Pasu ini dibuat di kilangnya (kawan hubby) sendiri untuk eksport.  Cantik u.



Cantiknya bunga ini bila dah mekar.  Perempuan mana tak suka bungakan.





Friday, January 31, 2014

Kek Puding Karamel Tahun Baru Cina


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek karamel tempahan  Sally untuk dihadiahkan kepada boss bossnya sempena Tahun Baru Cina.



'
Happy 2014 Chinese New Year.  "GONG XI FA CHAI".   Year of the HORSE.   
Wishing uols peace, happiness and prosperity.



Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.