Thursday, February 28, 2013

Mini Baked Macaroni / Makaroni Bakar Mini


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Makaroni Bakar Mini ini saya buat atas permintaan Ana, Penang.  Kata Ana, makaroni ni nak dibawa ke Batu Feringghi dimana satu majlis BBQ akan diadakan pada malam hari tu di sana. Untuk hidangan VVIP......hehehe


Puas juga saya memikirkan cara packing yang sesuai untuk makaroni ini kerana di atasnya ada bahan bahan tabur serta juraian  sos dan mayonaise.  Kalau tersilap packing tentu terpalit sana sini dan tak cantik kelihatannya.





Makaroni yang baru dibakar dengan taburan cheese parut sebelum dijuraikan dengan sos dan mayonaise







Senang untuk dinikmati, sorang ambil satu, tak payah potong potong dan yang penting semua dapat, takdala nanti yang kempunan pulak, yer dak...



Siap untuk disantap.




Terimakasih banyak diucapkan buat Ana dan suaminya yang telah memberikan saya peluang untuk menghasilkan makaroni bakar bersaiz mini begini. 


Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Wednesday, February 27, 2013

Murtabak Kraker


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Yang terbaru dari deWattiesDelight,   Murtabak Kraker.


Siapa yang tak suka makan murtabak, rasanya semua orang suka makan murtabak terutamanya pada bulan puasa, murtabak antara yang menjadi pilihan utama


Lihatlah aku.......


Biskut cream cracker dilapisi campuran daging kisar (yang telah dimasak bersama rempah2 sama seperti adunan murtabak asli yang terjual dipasar2 malam ) telur dll .  Kemudiannya dibakar.



Dijuraikan pula dengan sos cili dan mayonaise. 


Terakhir, sedikit hiasan cili hijau (cili merah takder masa ni) dan dedaun.




Jika murtabak biasa hanya ada satu atau dua lapisan daging sahaja, berlainan pula dengan murtabak kraker.  Cuba anda kira sendiri berapa lapisan daging ada di dalamnya.....



Murtabak ini  sangat lembut dan mudah dipotong. 


Berbagai bagai bentuk potongan dapat digayakan  mengikut citarasa sendiri.


Sesuai dihidangkan bagi semua  majlis  keraian.  Ada juga  yang menjadikannya sebagai  hantaran.  




Boleh juga dibawa pulang sebagai buahtangan buat insan tersayang.


Kepada penggemar penggemar murtabak, apakata cuba rasai kelainan murtabak kraker dalam gaya yang lebih moden dan eksklusif.



Tuesday, February 26, 2013

Mini Chocolate n Strawberry Cheese Tart Yatie, Kulim


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

Mini Cheese Tart ini ditempah oleh Yatie Kulim yang telah beberapa kali menempah sebelum ini.  Kali ini Yatie menempah bagi pihak kakaknya yang akan mengadakan majlis  di ofisnya di Sg Petani, Kedah.





Yatie menempah 70pcs chocolate cheese tart dan 30pcs strawberry cheese tart.


dan 30pcs strawberry cheese tart






Terimakasih banyak diucapkan buat Yatie dan kakaknya yang telah sudi menempah.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan,

Monday, February 25, 2013

Red Velvet Cake dan Strawberry Crepe Nurul Syuhada


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Red Velvet Cake dan Strawberry  Crepe tempahan Nurul Syuhada untuk dibawa pulang ke Taiping, Perak.




Komen Nurul  :-
Sedap sangat redvelvet dengan strawberry crepe tu !!! Cuti nak cupcake boleh....







Terimakasih banyak  di atas tempahan ini dan terimakasih juga diatas komen yang telah diberikan.