Showing posts with label Barbie Doll/Princess Cake. Show all posts
Showing posts with label Barbie Doll/Princess Cake. Show all posts

Tuesday, March 25, 2014

Princess Sofia The 1st Birthday Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek Princess Sofia The 1st,  tempahan Farah Wahida dari Kampung Baru, Alma sempena hari lahir anaknya.



Di dalamnya adalah Chocolate Moist Cake.


Berat kek 2.1kg.  Dekorasi kek pula adalah butercream, fondant dan sedikit manik.


Farah Wahida juga menempah Blueberry Cheese Tart.














Selamat Hari Lahir diucapkan.  Semuga membesar menjadi anak yang solehah, cemerlang dunia serta akhirat, amin.







Harapan saya tempahan yang dihasilkan dapat memenuhi citarasa semua.  Sekiranya terdapat sebarang kekurangan haraplah dimaafkan.










Tuesday, September 24, 2013

2nd Barbie Doll Cake Nur Izz Zara Damisya


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Ini adalah tempahan kek anak patung barbie yang kedua saya terima lanjutan dari kek barbie yang pertama beberapa minggu yang lepas,  alhamdulillah......  Saya buatkan untuk En Saiful, rakan setugas Mr Hubby sempena menyambut hari lahir  anaknya yang berusia setahun.


Memandangkan En Saiful menginginkan warna pink dan putih sebagai tema warna baju barbie, maka untuk dekorasi kali ini saya menggunakan buttercream dan sedikit manik.  Bolehlah bermain main dengan warna.

\
Idea rekaan baju barbie ini saya perolehi setelah melayari beberapa laman  youtube dan mempelajarinya secara online.  Hasilnya tidaklah secantik seperti yang dipamerkan di youtube, maklumlah pendeko amatur......apa apapun saya agak berpuashati dengan hasilannya.....insyaAllah akan diperbaiki dari masa ke semasa, itupun kalau ada tempahan lagi hahaha....



Mari kita tengok pandangan dari sebelah sisi baju barbie, saya buatkan ropol ropol kecil dan besar beserta beberapa kuntum bunga beserta dedaun. 



Kali ni terjumpa anak patung comel yang telah siap didandan setelah menerjah ke beberapa kedai bakeri tetapi harganya agak mahal sedikit.  


Pandanglah.......   lihatlah......


Berat kek ini ialah  2.1kg.


Mari kita tengok dengan lebih dekat, zoooooommmmmm



Kepada yang ingin mencuba dekorasi seperti ini,  saya letakkan di sini beberapa nozel berbeza yang saya gunakan.  Nozel no 128 untuk ropol besar di keliling belakang dan bahagian bawah baju, nozel 104 untuk ropol kecil,  juga nozel 104 untuk bunga rose yg sederhana besar dan putiknya, no 67 untuk daun, no 18 untuk corak bahagian dalam baju dan no 2 untuk garisan kecil.


Happy Birthday Nur Izz Zara Damisya, semuga membesar menjadi anak yang solehah, penyejuk hati ayah dan bonda, amin.


Pandangan dari belakang.


Pandangan dari atas.


Inilah rupa kek coklat lembab yang saya buatkan untuk kek barbie kali ini.   Lepas masak terbalikkan di atas redai  sehingga kek benar benar sejuk, barulah boleh dideko, kalau tak, buttercream akan mencair.  Tekstur kek ini  lembut, lembab dan tidak terlalu manis,  yang sedang, sedang sajaaa..........ahakssss....


Memandangkan saya tak punya acuan khusus untuk kek barbie, maka saya mendapat idea menggunakan acuan  seperti di atas dengan saiz yang berbeza bagi mendapatkan bentuk baju sebagaimana yang diinginkan.  Masa yang diambil untuk kek ini masak agak lama lebih kurang 1 1/2jam memandangkan bentuk loyang yang agak dalam dan mengecil di bahagian bawah.


Taraaaa.....lekatkannya dengan sedikit sapuan buttercream.


Terimakasih banyak di ucapkan buat Saiful dan isteri kerana sudi menempah.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Sunday, September 8, 2013

My first Barbie Doll Cake, yeaaaaahhhhh


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Akhirnya dapat juga merealisasikan impian saya untuk menghasilkan kek anak patung comel barbie ini,  
Kek  ini saya buat sebagai memenuhi permintaan Fatimah untuk anak anak tersayang

Mari kita baca apa kata Fatimah yang membuatkan hati saya tergerak untuk menerima tempahan kek ini.   
 Fatimah sms bertanya  :  Akak, boleh buat kek barbie doll  tak?  
Alamak!,  kek tu akak tak pi menuntut lagi, takut tak elok pula kejadiannya, jawab saya jujur, hehehe.  
Kata Fatimah lagi :  Akak tak nak cuba ker untuk saya ?  
Jawab saya lagi : Teringin juga nak mencuba, tapi kalau tak menepati piawaian, jangan marah, boleh gitu?
Kata Fatimah  :  Boleh juga,  tapi saya nak kek yang ada coklat dalam dan luar.  Deko kek akak buat macamana pun tak apa.
Jawab saya  :  Ok, akak cuba ya.

Waaaa, ini sudah bagus, lampu hijau telah diberikan.  Lagipun Fatimah telah beberapa kali menempah daripada saya.   Di dalam hati sudah berbunga mekar dan tak sabar sabar ingin mendeko kek idaman.  Sememangnya telah lama saya menyimpan hasrat untuk menghasilkan kek barbie ataupun kek princess, tapi seringkali itu juga hasrat itu terbantut memandangkan saya tak punya anak perempuan.  Takut  nanti diketawakan pula dek hubby dan anak anak.


Maka fikiranku mulailah berimaginasi, tentang pakaian dan dandanan si barbie doll.    




Saya membakar 3 biji kek menggunakan loyang yang berlainan saiz dan menggabungkannya bagi menghasilkan gaun barbie.


Memandangkan Fatimah inginkan kek yang kesemuanya berasaskan coklat, maka untuk deko kek saya  menggunakan coklat bagi menghasilkan ganache  untuk disapu pada keseluruhan  kek sebagai  gaun siputeri.  Bunga bungaan juga dihasilkan daripada coklat.   Hanya sedikit  buttercream untuk dedaun hijau yang saya gabungkan serta manik manik kecil bagi menyerlahkan rupa kek.


Hi,  whats up!!!


Inilah rupa anak patung barbie semasa mula mula dibeli, masih berbungkus dengan plastik.  Tanpa baju, oppssss maaf ya. Anak lelaki saya juga agak malu malu bila terpandangkan patung barbie ini, cepat cepat saya sorokkan. Mereka hairan apa pula yang ingin dilakukan oleh mama dengan anak patung comel ini.

  Rambutnya panjang mengurai, masih belum didandan.  Seharian saya memikir bagaimana cara untuk mendandan rambut si puteri.  Syukur anak patung dibeli awal, jadi saya punya banyak waktu  untuk mencari idea.


Hasilnya,........hehehe entah apa apa yang didandan oleh jemari kasarku ini.  
Allmaklumlah, saya tidak mempunyai anak perempuan, jadi tak pernah punyai pengalaman mendandan rambut.  Kesudahannya, saya buatkan sanggul yang tinggi menggunung dan ikatkan dengan riben.   Lebihan rambut yang terjuntai saya biarkan begitu sahaja, sayang pula jika digunting.  Itu saja yang dapat saya fikirkan pada ketika itu, alasannya,....... idea tak mariiiiiiiii......huwaaaaa.   






Selain kek, Fatimah juga menempah apam dot dot dan cream puff





Malam itu saya terima sms feedback daripada Fatimah berbunyi begini  :
Assalam..kak, semua sedap, kek cantik, lama tak update dalam blog, updatela......

InsyaALLAH...... ni akak dah mulai mengemaskini kesemua gambar gambar yang ada,  Apatah lagi, ini merupakan kek barbie yang pertama. semestinya akak akan memaparkannya sebagai kenang kenangan.


Pastinya terdapat banyak kekurangan bagi hasilan yang pertama.  Namun bagi saya, hasilan yang sebegini amat amat membahagiakan hati saya, terasa suatu macam kepuasan bila melihatkan kesudahannya.  Alhamdulilah,,,,,,,, Syukur kepadaNYA kerana memungkinkan segalanya.  Sesungguhnya segala yang baik itu hanya daripadanya,


Kepada Fatimah, terimakasih banyak akak ucapkan kerana sentiasa memberi akak peluang dan sepenuh kepercayaan bagi menghasilkan kek barbie doll dan seumpamanya.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan   Terimakasih juga diatas sokongan yang telah diberikan  selama ini.


Last but not least  HAPPY BIRTHDAY IYA & ALIF.   Semuga menjadi anak yang soleh dan solehah, amin.