Showing posts with label Popcakes. Show all posts
Showing posts with label Popcakes. Show all posts

Thursday, April 3, 2014

Heart Shaped Ombre Cakes and PopCake Balls



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek berbentuk hati ini ditempah oleh Shazwani Effendy, dari Bukit Mertajam sempena hari lahir suami tersayang pada 30hb Mac 2014 yan.g lepas




Kek pelangi dengan design ombre cake.  Berat 2kg++.    Krim hiasan adalah Italian Meringue Buttercream dan  sedikit fondant.  











Happy Birthday Mr Husband!    Semuga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan mendapat rahmat serta kasih sayang Allah senantiasa.  Amin.....



Wani juga menempah 1 set popcake balls sempena hari lahir adik iparnya pada keesokkannya harinya iaitu 31hb March 2014,


Selamat Hari Lahir diucapkan buat Hannah, semuga menjadi anak yang solehah, cemerlang hidup di dunia serta akhirat. Amin.




Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.






Thursday, January 9, 2014

CAKE POP or POP CAKES or K POP ???


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Yang mana satu yang betul ni,   Ada orang panggil Cake Pop, ada pula suka panggil PopCakes, entahlah nak kena pergi buat researchla nampaknya ni.  Payah payah sangat singkatkan sajalah jadi nama glamer K Pop, hehehe pasti semua orang suka....


  "Mama,  kawan kawan ajak buat BBQ,  mama nak sponsor kek boleh juga."  selamba aja anak lelaki saya Aiman memberitahu.  

Kita pun berkira kirala nak buatkan sebiji kek untuk dipotong dan makan bersama kawan kawan.   Tapi keesokannnya,  tiba tiba dia minta buatkan cake pop pula.  Katanya, "Mama buatkan kek yang macam hari tu mama buat, kek yang macam lollipop tu."   Saya dah pernah letakkan dalam n3 sebelum ni.



Jadi,  beginilah kejadiannya cake pop yang dibuat pada malam hari.  Ambil juga gambar sebelum dibungkus, tapi malapla sikit hasilnya.








Yang ni aktiviti gatal tangan saya.  Macam biasala mesti nak berhias bagai sebelum dibawa pergi.   Sengaja saya bungkus dalam plastik comel yang ada tersimpan begitu lama dalam kabinet.   Riben pun riben lebihan jar cake yang dibuat sebelum sebelum ini.  Jadi, macam macam warna ada.





Dah ramai ramai, jadila K Pop.





Saya buatkan 50biji.  


Lepas BBQ saya tanyakan Aiman macamana rasanya.   Jawab Aiman
"Entah, takdan nak makan dah habih,  yang p lagi ramai dari makanan yang dibawa."  Hahahah, nak tergelak saya dibuatnya.  Patutlah habis cepat, benda sikit rupanya.   Apa apapun,  alhamdulillah.