Wednesday, February 27, 2013

Murtabak Kraker


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Yang terbaru dari deWattiesDelight,   Murtabak Kraker.


Siapa yang tak suka makan murtabak, rasanya semua orang suka makan murtabak terutamanya pada bulan puasa, murtabak antara yang menjadi pilihan utama


Lihatlah aku.......


Biskut cream cracker dilapisi campuran daging kisar (yang telah dimasak bersama rempah2 sama seperti adunan murtabak asli yang terjual dipasar2 malam ) telur dll .  Kemudiannya dibakar.



Dijuraikan pula dengan sos cili dan mayonaise. 


Terakhir, sedikit hiasan cili hijau (cili merah takder masa ni) dan dedaun.




Jika murtabak biasa hanya ada satu atau dua lapisan daging sahaja, berlainan pula dengan murtabak kraker.  Cuba anda kira sendiri berapa lapisan daging ada di dalamnya.....



Murtabak ini  sangat lembut dan mudah dipotong. 


Berbagai bagai bentuk potongan dapat digayakan  mengikut citarasa sendiri.


Sesuai dihidangkan bagi semua  majlis  keraian.  Ada juga  yang menjadikannya sebagai  hantaran.  




Boleh juga dibawa pulang sebagai buahtangan buat insan tersayang.


Kepada penggemar penggemar murtabak, apakata cuba rasai kelainan murtabak kraker dalam gaya yang lebih moden dan eksklusif.



No comments:

Post a Comment