Thursday, November 24, 2011

Kek Lapis Batik Sutera


Salam semua,

Hari raya qurban yang lepas mencabar diri menghasilkan kek lapis seperti yang dapat anda semua lihat di atas. Ini adalah percubaan kali kedua saya. Resepi asal adalah kek lapis Mocha Pandan yang saya ambil dari rumah DayangJack tetapi saya ubahsuai coraknya menjadikannya Kek Lapis Batik Sutera seperti yang diilhamkan di blog BroRozzan. Banyak sangat yang saya pelajari melalui lama web mereka berdua. Terimakasih bebanyak diucapkan kepada kedua dua sifu kek lapis ni.

Rasa kek lapis ini memang diakui sungguh sedap, lebih sedap lagi bila dimakan beberapa hari selepasnya sebab teksturnya akan menjadi bertambah lembap. Izinkan saya untuk perpanjangkan resepi ni di sini pula ya.

Kek Lapis Batik Sutera
Source : DayangJack@DapurKuSayang

bahan-bahan : loyang 8" x 8"

10 biji telur gred A
500 g mentega berkualiti tinggi (DJ menggunakan mentega SCS)
300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak)
150 g gula kastor
100 g serbuk horlicks
150 g serikaya
300 g susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe)-
1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar


Cara-cara :

Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan dan satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe.


Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan coklat terlebih dahulu (anggaran 6 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing).
Setelah habis lapisan coklat, tuangkan pula adunan hijau dan bakarlah lapis demi lapis hingga habis. Dan diikuti pula dengan lapisan kosong. Ulangi proses hingga habis.
Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.


Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

NOTA :
Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap.
Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (
Pandan paste cap Kopoe-Kopoe boleh digantikan dengan Pati Pandan/Pandan Emulco+pewarna hijau tua.
Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" atau 10" x 10" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2.
Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri.
Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri.


2 comments:

  1. bestnyer tgk lapisan kek lapis yg kemas ni kak ...teringin juga nk melapis tapi lum ada keberani..nk kena cuba jugalah nanti:)

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Wattie..saya paling jeles bila tgk orang wak kek lapis ni..Cantikkk dan kemass je....kombinasi kaler kek akak pun cantik

    ReplyDelete