Monday, October 21, 2013

Tart Nenas Landak/Tart Nenas Gunting/Tart Nenas Strawberry dan Blueberry Cheese Tart Shima, Bertam Perdana


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tart nenas bentuk landak la pulak.  Tart ini saya buatkan untuk Shima, Bertam Perdana sebagai buahtangan untuk majlis merisik sedara di Perak.  Ni first time saya buat tart nenas bentuk landak.   Terimakasih Shima kerana bagi akak peluang untuk mencuba tart dengan design yang baru dan agak popular kebelakangan ini.


Ada juga orang panggil tart ini tart nenas gunting atau tart nenas bentuk buah (strawberry, kelapa sawit).


Selalunya tart bentuk landak ini diletakkan bunga cengkih sebagai kepalanya/tangkainya.  Tapi saya letakkan buah kismis.  Boleh juga diletakkan chocolate chip.


Mula mula saya letakkan dalam bekas lutsinar yang telah dibeli ini, elok sikit bila dipandang mata, yer dak.  


Malangnya, bekas ini hanya muat untuk 30biji tart sahaja, maklumla,  tart yang saya buatkan ini montel montel kejadiannya, hehehe.  


Jadi, terpaksalah saya letakkan dalam balang yang agak tinggi ini.  Cukup cukup masuk 50biji.


Inilah hasilan pertama tart nenas bentuk landak dari deWattiesDelight.







Shima juga menempah 50biji blueberry cheese tart untuk tujuan yang sama.


Kali ini saya cuba lorek design yang agak berlainan.






Terimakasih banyak diucapkan kerana sudi menempah.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Sunday, October 20, 2013

Chicken Pie, Era, Taman Pauh Jaya


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Pai ayam tempahan Era, Taman Pauh Jaya, Seberang Perai.  Tak sangka Era, duduk satu lorong dengan kita, pi mai, pi mai tang tu hehehe


Era tempah pai ni sebab teringin nak makan katanya.





Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Saturday, October 19, 2013

Mini Pavlova Sha, Megamall Pinang



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Mini Pavlova tempahan Sha, Megamall Pinang untuk makan makan bersama keluarga.


Komen Sha  :-  Thks akak, pavlova tu sedap tp lupa nak pesan kt akak bg kurang manis.

InsyaAllah, di masa masa mendatang jika ada tempahan akak akan kurangkan kuantiti gulanya ya.


Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Thursday, October 17, 2013

Snowy Cheese Cake dan Marble Cheese Brownies Zulkamar, Pauh Idaman


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Snowy Cheese Cake dan Marble Cheese Brownies tempahan En Zulkamar, Pauh Idaman,  untuk dibawa pulang ke Selangor sempena Aidil Adha.








Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.



Tuesday, October 15, 2013

Kek Pelangi Dalam Balang Zura, Bertam Perdana


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek Pelangi dalam balang tempahan Zura, Bertam Perdana untuk dihadiahkan kepada teman sepejabat yang melangsungkan pertunangan di Kulim.











Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.