Showing posts with label Tiramisu. Show all posts
Showing posts with label Tiramisu. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Tiramisu Cheese Cake dan Chicken Pie


Assalamualaikum dan salams sejahtera semua,

Tempahan Jafizah, Balai Bomba Perai.   Akak minta maaf banyak banyak sebab terlambat upload gambar tempahan disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.


Jom layan satu persatu........


Tiramisu Cheese Cake



Jafizah menempah tiramisu cheese cake dan juga pai ayam.





Petang tu saya terima sms feed back daripada Jafizah  :-

Tqvm, kek sedap, pie pun sedap. makan 1 tak cukup.  Terimakasih Jafizah.





Chicken Pie




Happy Birthday Kak Norsiah, semuga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, amin.



Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Monday, April 1, 2013

TIRAMISU


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tiramisu Cheese Cake tempahan kawan Mr Hubby sempena hari lahirnya baru baru ini.


Lama tak buat tiramisu ni sebenarnya.   Alhamdulillah bila dapat tempahan dapatlah kita menyegarkan kembali ingatan kita kepada kek yang lembut macam aiskrim ini.




Selamat Hari Lahir diucapkan, semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.




Inilah rupa kat dalam kek sebelum dihias, tiga lapis kesemuanya.



Mula mula nak deco macam ni aja,  tapi bila anak kecik kita yang pandai berimaginasi tu bagi  macam macam idea, itu yang jadi meriah macam kat atas  nunnnn...


Terimakasih banyak diatas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Sunday, October 16, 2011

Tiramisu Cheese Cake



Salam semua,

Tiramisu, salah satu pencuci mulut (dessert) yang istimewa dan popular dari Itali.
Walaupun dahulunya tiramisu hanya disajikan oleh masyarakat Itali, tetapi kini telah menjadi kegemaran ramai seantero dunia. Dengan berbagai bagai kaedah penyediaannya, tiramisu yang pada asasnya berkrim dan berlapis, selalunya disajikan sejuk sebaik dikeluarkan dari petiais. Semakin lama anda dapat menyejukkan kek tiramisu ini sebelum dihidangkan semakin enak hasil yang akan anda perolehi.



Sepotong tiramisu di atas pinggan sudah cukup untuk menyamankan tekak sekaligus mengenyangkan. Tiramisu juga kadangkala disajikan dalam bentuk trifle di dalam mangkuk atau gelas yg dalam. Dewasa ini tiramisu telah menjadi menu pencuci mulut yang sgt popular di kebanyakkan kafe dan bakeri.