Showing posts with label Mini Cakes. Show all posts
Showing posts with label Mini Cakes. Show all posts

Saturday, February 7, 2015

Carrot Cake Bars With Cream Cheese Frosting / Kek Karrot Potong dengan Krim Keju

Assalamualaikum dan salam sayang semua,
Jom jamu mata dengan kek karrot potong ni.   Lama sangat tak makan kek karrot, jadi melepas rindulah ceritanya ni.  Ni kesah bulan lepas ya, macam biasalah n3 yang lama,  tapi tak lapuk ditelan zaman ya.
 Anak anak tak berapa suka dengan kek karrot.  Pilihan utama mereka mesti kek yang ada coklat.  Sebab tu la ambil masa sikit nak menerai resepi resepi baru.

Saya buat separuh adunan saja, cukupla untuk saya sorang hehehe, jangan jelez.  Saya hiaskan juga dengan sedikit krim mentega lebihan dari tempahan yang telah dibuat.  Kek ni sangat lembut, harum  dan semestinya sedap.  Resepi ni saya ambil dari buku Panduan Asas Menghias Kek Zati D Hati.  Anak bujang saya yang belikan buku tu.   Jom sama sama kita semak resepinya, mana tau ada yang ingin mencuba, dipersilakan ya.


Kek Lobak Merah

Bahan A
4 biji kuning telur
375ml cawan minyak jagung
130gm gula castor
150gm gula perang
150gm lobak merah parut
250gm tepung kek
3/4 st rempah campuran
1 1/2 st soda penaik (baking soda)
1st garam
100gm walnut - dibakar dan dicincang

Bahan B
4 biji putih telur


Kaedah Membuat
1.  Panaskan ketuhar pada suhu 180C
2.  Ayak tepung kek bersama rempah, soda penaik dan garam.
3.  Pukul kuning telur sebentar.  Masukkan minyak, gula perang dan gula kastor.  Pukul lagi sekejap sahaja.
4.  Masukkan campuran tepung.  Kacau menggunakan senduk kayu.
5.  Masukkan lobak merah dan walnut.


6.  Di dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur hingga menjadi meringue.
7.  Masukkan putih telur ke dalam adunan tepung, kacau perlahan.
8.  Tuang ke dalam loyang bersaiz 8 inci.  Bakar selama 40 minit atau sehingga masak sempurna.




Satu kelebihan blog ini, gambar mesti banyak, heheheh, jadi jangan jemu ya.




Sunday, September 21, 2014

Door gift Mini Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum Dan salam sejahtera semua, 
Tempahan Nurul Liana Dari Bukit Mertajam untuk dijadikan door gift pada majlis aqiqah.

Terlambat pulak mengupdate sbb lappy masuk workshop sampai hr ni tak siap lg.  Maklumlah cuti sekolah, jd ramailah tangan2 yg mengerjakannya sampai sakit dibuatnya, he he he.
Jadi sy update melalui hphone saja.  Siap nanti, in sha Allah edit mana yg patut.




Komen Nurul :-

Assalamualaikum kak..nurul nk ucapkn terima kasih byk2..ramai kta mcb akak sdap..ada rzki nnt nurul oder kt akak lg yer..

Wsalam. Alhamdulillah, syukur. Tkasih byk Nurul, seronok rasa hati akak mendengarnya. In sha Allah, ada rezeki boleh kita berurusan lg,:-)

Sunday, September 15, 2013

Mini Marble Cake, Marble Cheese Brownies n Baked Macaroni Zura Bertam Perdana



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Ini antara tempahan daripada Zura, Bertam Perdana.    Dah beberapa kali Zura sms ingin membuat tempahan daripada saya, malangnya tidak dapat saya penuhi disebabkan beberapa perkara yang tdak dapat dielakkan,  harap maaf ya Zura.   Masuk kali ketiga, barulah saya berpeluang untuk mengambil tempahan tersebut.   Zura menempah beberapa jenis produk, antaranya mini marble cake, pavlova, ,marble cheese brownies dan baked macaroni .  Semuanya untuk makan makan bersama famili.

Jom, kita tengok satu persatu..........zaaaaaasssssssss,,,,,




Mini Marble Cake.  Kek ni lebih kurang 1 in aje saiznya ya....








Pavlova............





Marble Cheese Brownies............





Baked Macaroni.



Ini sms feedback yang saya terima daripada Zura,  
Kak, sedap brownies ngan pavlova kak buat tu, memang cepatla habis.


Terimakasih banyak diatas tempahan ini.  Sebarang kekurangan haraplah dimaafkan.

Sunday, January 20, 2013

Yang bermacam macam ditempah Suliana, Taman Pauh Indah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Semua di atas ditempah oleh Suliana, Taman Pauh Indah sempena hari lahir anaknya pada 5hb Jan 2013 yang lepas.


Kata Su, ini kali pertama dia mengadakan majlis hari lahir.  Jadi, sebulan sebelum hari lahir Su dah menempah.  Majlis akan diadakan di Guar Perahu.  Terimakasih banyak Su kerana membuat tempahan awal.


Antara yang ditempah oleh Su ialah Marble Cheese Brownies, Mini Marble Cake, Cheese Tart, Durian Crepe, Apam LadyBird, Apam Polka Dot

Alhamdulillah, semuanya ini dapat disiapkan dalam masa sehari.  All in one day!!!   Mulai dari jam 8.00pagi hingga 1230tgh malam.  Berhenti seketika untuk solat dan makan sahaja.  Tak sangka pula saya, hairan pun ada bilamana saya dapat menyiapkan semua ini dalam jangkasama sehari, sehari sebelum pickup date.

Kalau dapat tempahan macam ni hari hari, mau pengsannnnnn dibuatnya.....tak sanggup den...huhuhu.  Kalau sebulan sekali cam ni, insyaAllah.
Masa ambil tempahan ni pun dah teragak agak, boleh ker aku buat semua ni dalam masa sehari, gabra jugakla.  Tapi dah tekad dalam hati, akan buat juga, lagipun kalau tak dicuba mana nak tahu kan...

Gambar tak berapa nak jelas sebab hari tu hujan, jadi cuaca gelap sedikit.  Su datang ambil jam 10pagi.  Jadi, tak dapatlah nak posing lama lama.

Selamat Hari Lahir diucapkan buat anak Su, semuga hidup diberkati senantiasa.  Lupa pula nak tanya siapa namanya.

Mari kita semua  jamu mata dengan lebih jelas  kesemua produk deWattiesDelight yang telah ditempah oleh Su ya.  Kita tengok satu persatu........   zoooommmmmm


Mini Marble Cake berkrim dengan hiasan badam panggang dan coklat urai.

InsyaAllah ada masa saya akan buat n3 lagi satu untuk kek mini ini dengan lebih jelas..

Marble Cheese Brownies

Apam Lady bird sebelum dikukus

100 biji Apam LadyBird yang sudah dikukus, siap untuk dimakan...
100 biji Apam Polka Dot
Apam Polka Dot yang tak berapa nak ceria warnanya

Banyak masa yang dihabiskan untuk melukis gambar ladybird ini, sampai lengoh lengoh satu badan. Kalau buat kek rasanya dah boleh bakar 2, 3 biji kek dalam jangkasama tersebut.  Kena pikir panjang jugakla kalau nak ambil tempahan yg ada lukisan cam ni kat atas di masa depan.






2 pek Chocolate Rice Banana Cake

10 pek durian crepe

50 biji Blueberry Cheese Tart yang montok montok





Keluaran terbaru dan tempahan pertama Makaroni Bakar/Baked Macaroni juga daripada Su.

Berat makaroni ini  melebihi 3kg
Antara bahan bahannya adalah makaroni, daging cincang Ramly, susu, telur, rempah rempah dll serta hiasan mayonaise, sos dan taburan cili merah dan dedaun
Terimakasih di ucapkan kepada Suliana kerana sudi menempah begitu banyak daripada deWatties Delight dan terimakasih juga di atas kepercayaan yang telah diberikan.   Sebarang kekurangan harap dimaafkan.