Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Seberang Perai Pulau Pinang
Showing posts with label Special Occasion. Show all posts
Showing posts with label Special Occasion. Show all posts
Tuesday, August 18, 2015
Monday, August 17, 2015
Monday, January 13, 2014
Kek Karamel Salam Perpisahan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek karamel sempena salam perpisahan ini ditempah oleh Rina dari Bomba Prai.
Ini pertama kali saya buat kek karamel seberat 2kg.
Terimakasih banyak di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Thursday, June 21, 2012
Snowy Cheese Cake tempahan Fiqah
Snowy Cheese Cake tempahan Fiqah, ZF Lenksysteme, Prai. Fiqah dah pernah menempah keks sebelum ini. Untuk hari istimewa bapa kali ini Fiqah mencuba pula snowy cheese cake ini.
Happy father's day diucapkan untuk Super Papa dan semua bapa macho di mana sahaja anda berada.......
Kata pujangga, kasih bapa sepanjang masa. Bapa sanggup mengorbankan wang, masa dan tenaga demi untuk kebahagiaan keluarga.
Walaupun kadangkala bicara seorang bapa mungkin agak tegas dan serius, namun jauh di sudut hatinya dia mahu melihat anak anaknya bahagia dan berjaya. Itulah kasih seorang bapa, tidak ternilai harganya.
Monday, May 21, 2012
Two Toned Roses for Mother's Day Cake
Kek karamel tempahan Fariha untuk bonda tersayang. Kata Fariha, akak buat cantik cantik sikit sebab kek ini istimewa untuk bonda.
Friday, October 14, 2011
Happy Teacher's Day Cupcakes
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Fuhhh!!! Lega rasa hati, baru hari ni dapat besiaran semula. Laptop saya buat hal, adaptor pun rosak. Jadi, terpaksalah hantar ke workshop untuk direpair, sambil sambil tu, tinjau jugak ke sana sini mencari adaptor yang sesuai dengan lappy buruk saya ni. Alhamdulillah, dekat seminggu jugakla rasanya. Rindu giler saya dibuatnya. Minta maaf juga kerana tak dapat membuat kunjung balas ke rumah rakan2 bloggers semua. Tapi, hari ni saya dah kembali......... dengan menu2 yang lebih mengancam.....hehehehe (konon2nya lah). InsyaAllah, selepas ni saya akan blogwalking kembali.
Sebelum terlambat, izinkan saya untuk terlebih dulu mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua cikgu dimana saja anda berada. Sambutan Hari Guru yang berlangsung setiap tahun bertujuan menghargai jasa insan yang bergelar guru di dalam mendidik anak bangsa. Guru berperanan sebagai penentu kecemerlangan akademik para pelajar, hanya individu yang tabah, ikhlas, kreatif dan sabar sahaja mampu memikul tanggungjawab ini dan layak bergelar guru.
Bersempena dengan hari guru pada hari Isnin 16hb Mei lepas, saya menerima tempahan fondant cuppies ini untuk anak Pn Mazlina. Mazlina dari Kulim adalah rakan kepada Min dan Marina yang menempah cupcake fondant hari ibu baru baru ini. Mazlina minta dibuatkan objek buku buku kecil untuk diletakkan diatas cupcake beserta huruf keramat A++. Jadi, begitulah hasilnya. Harap Mazlina berpuashati dengan hasilan tersebut. Sehari suntuk jugalah saya membentuk buku buku kecil tersebut, maklum ini pertama kali saya cuba membuatnya. Sebarang kekurangan harap dimaafkan ya.
Seperti Min dan Marina, sungguh mudah berurusan dengan Mazlina juga, hanya melalui telefon dan sms sahaja. Terimakasih untuk semuanya ya.
Sewaktu membentuk buku buku comel ni, saya tanyakan juga kat hubby dan anak anak, ada ke rupa benda ni macam buku???, takut juga tak nampak cam rupa buku, jawab mereka orait mama, buku mama dah jadi dah tu, hehehe, hubby pun angguk kepala mengiakan kata kata mereka. Kira okayla kan....
Kepada cikgu cikgi yang mendapat cupcakes fondant A++ ini, faham faham la yer...... Harapan tinggi menggunung daripada ibu bapa buat anda semua...
Sunday, May 8, 2011
Happy Mother's Day Cupcakes
Salam dan Selamat Hari Ibu buat semua,
Dah malam baru berkesempatan update n3, dua tiga hari ni agak sibuk sedikit. Siang tadi pun selepas hantar kek, saya menghadiri kenduri di rumah brother in law yang akan menunaikan umrah tak lama lagi. Mujur juga, dah diletakkan dua, tiga n3 sebelum ni, jadi autopublish jer la. Masih tak sempat menjengah teman2 semua, insyaAllah nanti saya akan menyusul.
Hari hari adalah Hari Ibu sebenarnya. Semuga kita dapat memberikan yang terbaik buat ibu yang telah banyak berkorban jiwa dan raga demi kelangsungan hidup kita. Bagi saya, hanya doa yang dapat dipanjatkan buat ibu dan ayah yang telah lama meninggalkan alam fana ini. Semuga ALLAH menempatkan mereka dikalangan orang orang yang beriman di dalam syurga abadi. Kepada yang masih mempunyai ibu dan ayah, hargailah mereka dan berikanlah yang terbaik sementara mereka masih ada.
Bersempena dengan hari ibu ini, ada sedikit tempahan cupcakes yang saya terima. Cupcakes pertama dibuat istimewa buat Puan Ani, ibu kepada Min. Min dari KL memesan cupcake ini untuk dihantar kepada ibunya yang tercinta yang berada di Permatang Janggus, Permatang Pauh. Terimakasih bebanyak ya Min di atas tempahan ini, harap Min dan ibu berpuashati dengan cupcake fondant itu. Sangat senang berurusan dengan Min, hanya melalui SMS, semuanya terlaksana.
Cupcake kedua pula ditempah oleh Marina juga dari KL untuk dihantar kepada ibunya yang tersayang iaitu Puan Rahmah yang berada di Kubang Semang, Bukit Mertajam. Marina adalah sahabat kepada Min. Sungguh mudah berurusan dengan mereka berdua, hanya melalui telefon dan sms sahaja.
Ini pula kesah kejadian yang tidak terduga sewaktu membuat tempahan ini. Membuat cupcake fondant agak mencabar kerana prosesnya yang agak rumit dan memerlukan ketelitian. Semasa proses membuat adunan fondant, tiba tiba terdengar letupan yang kuat dan serentak dengan itu bekalan elektrik ke kawasan saya terputus. Stesen janakuasa berhampiran meletup kuat dan terbakar. Sekejap sahaja, riuh rendah bunyi orangramai lalu lalang di hadapan rumah saya, mungkin kerana teruja hendak mengetahui apa yang telah berlaku. Saya yang masih di dapur pun terhenti. Dalam hati kecil ini berkata, habisla cupcake ku ini, macamana nak buat ni, gelap gelita, satu hapa pun tak nampak di mata, sambil tangan ni meraba raba mencari lampu suluh di dalam bilik. Anak yang kecil menangis ketakutan kerana kegelapan. Setelah lampu suluh dicapai saya dan anak kecil yang memegang baju sambil mengekori pergerakan saya terus keluar rumah ingin juga mengetahui apa yang telah terjadi. Jiran jiran semua telahpun berada di hadapan rumah masing masing, ada yang menelefon, ada yang bersembang, ada juga yang membunyikan hon motor dengan bingit sekali. Satu taman bergelap malam itu, kejadian berlaku kira-kira jam 8.00malam. Jangka saya, mungkin esok baru bekalan dapat disambungkan kembali, tapi alhamdulillah lebih kurang 1/2 jam selepas itu, lampu menyala kembali. Fuhhhh!!! lega rasa hati saya, barula dapat menyambung balik membuat cupcake, kalau tidak tak taulah apa jadi dengan cupcake itewwwww.
Menunaikan permintaan Min yang mahu cupcakenya dihantar awal pagi bagi membuat "surprise" buat ibunya. Jadi, seawal jam 8.00pagi, saya, hubby serta anak kecil saya bertolak ke rumah Min. Tak susah mencari rumah ibu Min kerana Min telah memberikan petunjuk yang cukup lengkap untuk memudahkan saya mencarinya, lagipun rumahnya berhampiran jalanraya. Selepas ke rumah Min, saya terus ke rumah ibu Marina pula, pun tidak payah mencarinya. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan segala urusan saya.
Buat Min dan Marina, terimakash bebanyak diatas tempahan ini. Harap kalian berdua berpuashati. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Friday, March 25, 2011
Tempahan Pn Harlina sempena majlis perpisahan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Caramel Cake tempahan Pn Harlina dari Konsortium Logistic Bhd sempena farewell party.
Pn Harlina nampak sungguh ceria orangnya dan peramah. Saya yang serius ni pun tetiba jadi terceria sekali, hehehe..... Anyway, gembira dapat berkenalan dengan Pn Harlina dan teman seofis beliau.
Terimakasih di atas tempahan ini, harap pihak puan berpuashati.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















