Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Lama juga saya tak buat ke pisang.
Freshly baked from the oven. Panassssss.....
10 biji chocolate rice banana cake ni tempahan Hj Yushri, boss hubby.
Kek ni sangat lembut, sedikit moist, lemak dan harum baunya bila dikeluarkan dari oven. Sangat enak dihidangkan bersama secawan kopi panas, hehehe....
Terimakasih banyak di atas tempahan ini.
Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Seberang Perai Pulau Pinang
Sunday, September 30, 2012
Friday, September 28, 2012
Chocolate Moist Cake AminFayyadh
Salam semua,
Chocolate Moist Cake ni buat untuk AminFayyadh bawa ke sekolah sempena jamuan hari raya baru baru ni.
Chocolate Moist Cake ni buat untuk AminFayyadh bawa ke sekolah sempena jamuan hari raya baru baru ni.
Wednesday, September 26, 2012
Cream Puff With Creamy Custard Filing & Caramel Cake
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Cream Puff dan kek karamel tempahan Fatimah, dari Kg Pertama, Permatang Pauh.
Adunan pastri choux yang lembut dan krim kastad yang lemak berkrim pastinya sungguh menyelerakan.
Terima kasih banyak di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Monday, September 24, 2012
Saturday, September 22, 2012
Turquoise Blue Cuppies sempena pertunangan Hasanuddin
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Cuppies pertunangan tempahan Hasanudin, Jitra, Kedah sempena majlis pertunangan beliau pada hari Sabtu 15hb Sept 2012 yang lepas.
Warna "turquoise blue" menjadi pilihan. Harap beliau menyukainya.
Selamat bertunang diucapkan, semoga hidup kalian berdua bahagia hingga ke syurga, insyaAllah.
Terimakasih banyak diucapkan di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Thursday, September 20, 2012
Tuesday, September 18, 2012
Kek Coklat Indulgance tempahan Sally
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek Coklat Indulgance tempahan Sally untuk officematenya.
Gambar ambil waktu pagi, jadi tak berapa terang jadinya.
Terimakasih banyak diatas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Sunday, September 16, 2012
Kek Karamel Tempahan Mien Seberang Jaya
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tempahan Mien, Seberang Jaya, pelajar Ting III, Sek Men Tun Hussain Onn, Sbg Jaya sempena birthday teman temannya Qira dan Fizah. Juga ucapan sukses selalu dalam peperiksaan PMR yang bakal diduduki tak lama lagi. Nak surprisekan rakan rakan katanya.
Komen Mien selepas birthday celebration : "Kek tu soft n smooth je bila masuk dalam mulut, sampai kawan cakap tak leh berenti makan. Tapi terpaksa kawal nafsu mkn sebab kena simpan utk 2 org lg kawan, muaahhhh Auntie terbaiklah!! Thanks.
Hehehe, thanks Mien dearie, Mien memang pandai memotivate Auntie, membara rasanya semangat membaking Auntie, hahaha....
Buat Mien dan teman teman yang seangkatan, Selamat Menduduki peperiksaan PMR, semuga sukses dengan keputusan yang membanggakan. Dan yang penting menjadi anak anak yang cemerlang dunia dan akhirat, insyaAllah. Straight A for uolsssss ya......auntie doakan.
Terimakasih banyak diatas tempahan ini. Kalau nak tempah lagi, jangan lupa roger Auntie lagi ya.
Subscribe to:
Posts (Atom)