Thursday, November 28, 2013

Black Forest Cake



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek Black Forest atas permintaan  anak bujangku, Ammar.  Kek nak dibawa ke Batu Feringghi untuk makan makan bersama teman teman sempena meraikan cuti semester, hehehe.



Selamat bercuti panjang anak anak semua, jangan lupa datang balik ke Penang ya.





Tuesday, November 26, 2013

Snowy Cheese Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek yang masih mendapat tempat di hati peminat setianya, kek keju bersalji.  Kek ini ditempah oleh rakan sekerja dahulu, Sariah dari ZF Lenksysteme Gmbh sempena hari lahir suami tercinta.



Happy Birthday, We Lu U Dad!!!    dari isteri dan anak anak tersayang.





Selamat hari lahir diucapkan, semuga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, amin.


Terimakasih diucapkan buat Ina diatas sokongan yang berterusan.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Sunday, November 24, 2013

Chocolate Moist Cake With Cheese Layer & Chicken Pie



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Selamat Hari Lahir Mak!   Ungkapan yang ingin disampaikan oleh seorang menantu buat ibu mertua yang tersayang.  Alhamdulillah, ianya dapat direalisasikan melalui deWattiesDelight.   Tempahan ini telah  selamat dihantar pada tarikh dan waktu sebagaimana yang ditetapkan.


Tempahan dibuat oleh Rina dari Kota Kinabalu, Sabah,  melalui sms.  Sungguh mudah berurusan dengan Rina, hanya melalui sms semuanya dapat direalisasikan.

Rina menempah Kek Coklat Lembab berlapiskan keju beserta dengan pai ayam untuk dihantar kepada ibu mertua di Seberang Jaya, Pulau Pinang.  


Ibu Rina nampak "surprise" bercampur gembira dengan kehadiran saya dan suami menghantar tempahan.  Secara spontan beliau bercerita tentang Rina yang selalu mengejutkan beliau dengan kejutan sebegini,  Peramah sangat orangnya, berkali kali ucapan terimakasih diucapkan, terharu saya melihatkan reaksinya.   Nampaknya, bertambah tambah sayanglah mertua kat Rina nanti, hehehe.  


Malam itu saya teringatkan arwah ibu mertua, keramahannya, kelembutannya, keceriaanya, senyuman yang sentiasa terpamer di wajahnya membuatkan kita terasa bahagia. 


Selamat Hari Lahir diucapkan daripada saya juga, semuga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta mendapat rahmat dan kasih sayang ALLAH senantiasa, amin.


Pai Ayam









Nak tunjuk pula strawberi yang saya beli kat Carrefour, Seberang Jaya.




Imported you...  Class 1, dari New Zealand lagi.... yang terbaik sentiasa jadi pilihan.


Tengok pula harganya, hohohooooo   mahainya,   RM 12.90 satu pek.  Sebab itulah  kek, dessert atau yang seangkatan dengannya yang memerlukan buah buahan terpaksa dijual dengan harga yang agak tinggi, harap semua memahami ya.


Terimakasih banyak diucapkan di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Tuesday, November 19, 2013

Congo Bars


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kepingan comel dengan gabungan coklat  dan kekacang campuran.











Thursday, November 14, 2013

Kek Cheese Meleleh / Kek Keju Meleleh / Snowy Cheese Cake




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Inilah dia kek yang telah dan sedang menjadi perbualan hangat ketika ini.  Didatangkan dengan pelbagai perisa dan warna menarik sesuai dengan citarasa semua.


Memang meleleh,  kita pun terleleh dibuatnya.  


Perisa Strawberi


Memang yang terbaeeekkk..


Perisa Cappucino












Perisa Pandan.