Friday, January 31, 2014

Kek Puding Karamel Tahun Baru Cina


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek karamel tempahan  Sally untuk dihadiahkan kepada boss bossnya sempena Tahun Baru Cina.



'
Happy 2014 Chinese New Year.  "GONG XI FA CHAI".   Year of the HORSE.   
Wishing uols peace, happiness and prosperity.



Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.



Thursday, January 30, 2014

Kek Chocolate Indulgance Siti Maznah


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek coklat indulgance tempahan Rina dari Balai Bomba, Prai,  teristimewa buat teman seperjuangan Siti Maznah, sempena persaraan beliau.









Selamat bersara Pn Siti Maznah, semuga hari hari mendatang memberikan seribu kebahagiaan, amin.





Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Thursday, January 23, 2014

Selamat Hari Lahir Zaheen.


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek ini saya buatkan untuk anak bongsu saya Zaheen Zaidany sempena hari lahirnya yang ke 8 tahun.  Hari lahir Zaheen jatuh pada 26hb Disember yang lepas sebenarnya.  Tapi disebabkan mamanya asyik memenuhi tempahan pada musim cuti persekolahan, maka kek Zaheen terpaksa ditunda pada bulan ini.   Bagi menggantikan kek,  mama dan abah dah bawa Zaheen pergi makan makan di Puncak Kristal, Kg Pelet, Sbg Perai bagi meraikannya pada hari istimewa itu.


Ini  pertama kali saya cuba menghasilkan figurine berbentuk doraemon (atas permintaan Zaheen sendiri yang memang peminat tegar siri kartun doraemon)  dan kanak kanak lelaki menggunakan  readymade fondant.  Dah lama sangat teringin nak buat figurine, jadi rasanya ini peluang terbaik untuk saya mencubanya, manalah tau kot kot ada bakat terpendam yang boleh dicungkil keluar, heheheh.    Begitulah hasilnya setelah diulit berjam jam lamanya, amaturlah katakan.  


Lepas tengok hasilannya, anak keempat saya Amin Fayyadh bersuara,  "Mama, mana misai dan loceng  doraemon??".   "Hmmm, mama tak ada pensil khusus untuk melukis di atas fondant, tak beli lagi, jadi tak dapatlah nak melukis misai doraemon, loceng pulak memang mama terlupa langsung nak buatkan."

Zaheen pula tersenyum malu bila melihatkan hasilan kek hari lahirnya.  Katanya perlahan, "mama,  mulut doraemon bukan macam tu".  Hahaha, mama baru first time mencubanya sayang, mestilah ada banyak kekurangannya, nanti lain kali mama perbaiki agar nampak lebih sama.




Kedua duanya mendongak memandang bentuk bentuk hati yang berdiri kukuh  mengelilingi mereka.    Mama buatkan sebagai lambang kasih dan sayang mama serta abah yang akan senantiasa mengiringi kehidupan  Zaheen, in sha ALLAH.


Selamat hari lahir anakku sayang, semuga hidupmu senantiasa diberkati dan dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH.  Mama akan senantiasa mendoakanmu.  Amin.









Yang ni masa proses membentuk figurine, terpaksa meletak jarum peniti bagi mengelakkan  sesetengah bahagian tertanggal semasa mengeringkannya.



Beginilah hasilnya setelah dipotong.





Saturday, January 18, 2014

Italian Rainbow Cake Imani Hafiyya


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Rainbow Cake dengan hiasan bintang bintang kecil ini saya buatkan untuk Fathiyah sempena setahun hari lahir anaknya,  Imani Hafiyya.


Rainbow Cake dengan italian meringue buttercream frosting.   First time mencuba frosting ni.  Hiasannya bintang bintang kecil dan huruf pada keliling kek pula daripada fondant serta sedikit taburan chocolate beans di atasnya.



Selamat Hari Lahir diucapkan buat Imani Hafiyya, semuga membesar menjadi anak yang solehah, cemerlang hidup di dunia serta akhirat, amin.


Berat kek ini ialah 2kg ++.   Kesemua kek rainbow di deWattiesDelight melebihi 2kg.  Kalau 1kg memang tak boleh dibuat kek rainbow sebab adunan  jadi terlalu nipis bila dibakar dan amat sukar untuk dikendalikan semasa membuat dekorasi.


Macam biasalah, kek sebiji saja, tapi gambar berderet deret, heheheh.   Memang tak dapat nak dibuang tabiat  tangan ini yang gemar mengambil gambar banyak banyak hingga puashati.    Dah tu, sayang pulak nak delete, jadi letak sajala semuanya sebagai kenangan.


Fathiyah pulang ke rumah ibunya di Taman Mutiara, Bukit Mertajam.  Kek diambil pada jam 10.30pagi. 

Tengahari tu  saya terima sms feedback daripada Fathiyah berbunyi begini  :-

Kak, tq so much for the cake, cantik, sedap sgt, puashati kami sekeluarga.

Alhamdulillah, syukur,  terimakasih banyak.  Terharu dan bahagia rasa hati bila semua menyukainya.  Terimakasih juga kerana sudi menempah daripada akak.













Thursday, January 16, 2014

Pulut Kuning Berhias 2 tingkat, DoorGift Mini Pulut Kuning, Apam PolkaDot dan Chicken Pie Akad Nikah


'

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Selamat Tahun Baru 2014 dan Salam Maulidur Rasul (1435 hijrah) diucapkan untuk semua pengunjung blog kesayangan hamba.  Maaf, baru ada masa nak ucap selamat tahun baru hehehe.


Tempahan Pulut Kuning Berhias menjadi pembuka tirai untuk tempahan  tahun 2014.  Tempahan yang diletak sebelum ini adalah tempahan2 yang telah saya buat pada tahun 2013 yang e lepas.  

Tempahan dibuat oleh Najwa sebulan lebih sebelum majlis akad nikah beliau.  Terimakasih banyak kerana membuat tempahan awal, ianya sangat sangat membantu.


Ini merupakan kali pertama saya menerima tempahan pulut kuning berhias.  Masa mula mula Najwa bertanya,  saya rasa agak yakin untuk menerima tempahan ini kerana telah pernah mencubanya semasa hari raya qurban yang lepas.  Cuma bezanya, kali ini dalam saiz yang agak besar.  Jadi, kenalah menggandakan kuantitinya bagi disesuaikan dengan kek pulut kuning dan juga doorgift pulut kuning.


Gambar pulut kuning diambil pada jam 2.30pagi (masa ni baru siap kesemuanya huhuhu) sebab tulah agak malap sedikit kejadiannya.  Kesemua tempahan dibuat sehari sebelum majlis.


Bahagian atas kek  bersaiz 7" (berat pulut 1kg)   dan bahagian bawah bersaiz 9" (berat pulut 2++kg).  Berat keseluruhan  kek pulut kuning  beserta hiasan  mencecah  4.5kg.  Fuhhhh berat tu....


Disamping pulut kuning berhias, Najwa juga menempah doorgift mini pulut kuning, apam polkadot dan pai ayam.




Untuk hiasan, saya buatkan burung telur, telur dadar, capsicum dipotong bunga, karrot bunga, daun bawang serta salad.  Karrot berbentuk bunga ini pakai hentam aja  idea rekaannya mengikut imaginasi yang datang dalam minda, bunga capsicum  pula saya mencuba potongan berbentuk bunga lotus (yg ni belajar melalui youtube).   Maka, terhasillah gubahan seperti diatas.  


Mengukus pulut kuning dalam kuantiti yang banyak  mengambil masa yang agak  lama, ditambah pula saiz periuk pengukus saya yang kecil.  Jadi, terpaksalah membuat beberapa kali kukusan.  Masuk keluar, masuk keluar, huhuhu.......


Dua hati satu jiwa lambang cinta sejati.



Yang ni bahagian bawah kek, saya buatkan 4 ekor burung telur, cili merah dipotong bunga, karrot dipotong bunga, telur dadar serta salad.





Inilah dia doorgift mini pulut kuning.  Antara kandungannya adalah pulut kuning berlapis serunding, telur puyuh, tomato ceri, telur dadar, cili potong dan salad segar.




Siap dipek dan dimasukkan ke dalam kotak.


Saya buatkan lebih satu pek untuk disnap gambar yang lebih jelas di waktu tengahari.  Jadi, beginilah hasilnya untuk tatapan semua.






Mula mula saya sangkakan Najwa nakkan pek cupcake yang sebegini, rupa rupanya beliau nakkan pek yang lebih tinggi dan lonjong seperti di atas. Huhuhu....camana ni, bekas dah dibeli...... Disebabkan saya telahpun membeli bekas ini, maka saya isikan jugalah satu pek untuk disnap gambarnya sebagai kenang kenangan.


Doorgift mini pulut kuning.   Kandungannya, pulut kuning, serunding, telur dadar, telur puyuh, cili potong, tomato ceri dan salad.


  
Saya lebih menyukai bekas cupcake ini, nampak lebih comel, cuma saiznya agak kecil.






Apam PolkaDot yang sekejap menjadi sekejap tak, hehehe...



Pai Ayam



Apam PolkaDot dan Pai Ayam siap lebih awal sebelah petang jadi sempatlah bergambar di siang hari dan gambar nampak lebih jelas.






Inilah rupa serunding homemade yang saya buatkan khusus untuk kek berhias.  Suami dan anak anak gotong royong tolong carikkan isi daging.  Masa mencarik ni semua mengeluh kepenatan.   Renyahnya.......rungut mr hubby.  Kata saya,  takpala mungkin ini merupakan kali pertama dan terakhir saya menerima tempahan pulut kuning ini, huhuhu.  Dalam hati berkata, aduh aku pun tak tahan jugak sebenarnya ni.  Menyiat daging untuk dibuat serunding bukanlah suatu kerja yang menyeronokkan sebenarnya.


Menggoreng serunding dalam kuantiti yang agak banyak juga satu kerja yang  sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.  Bayangkan saya berdiri berjam jam lamanya menunggu serunding masak.  Bahagian paling mencabar adalah bila serunding mulai  memekat,  tenaga yang banyak diperlukan untuk menggoreng tanpa henti agar serunding tidak hangus dan serata masakannya.  Tambahan pula, kuali yang saya ada cuma kuali yang kecil, jadi saya terpaksa membuat dua kali masakan bagi mendapatkan kuantiti sebagaimana yang dikehendaki, huwaaaaa, bayangkan bagaimana penatnya saya ketika itu, hanya Allah saja yang tahu.   Masa ini juga semangat saya mulai goyah.........tapi..........ohhhh,  tidakkkkkkk,    aku tidak boleh mengalahhhhh.........sambil berdoa dan berzikir di dalam hati, saya meneruskan misi yang sangat mencabar ini.  Alhamdulillah, saya sangat yakin dengan pertolongan Allah SWT, dimana ada kesabaran disitulah ada jalannya,  Cukuplah Allah tempat hamba memohon pertolongan dan perlindungan.



Inilah hasil serunding yang telah dicarik oleh saya, hubby dan anak anak.  Terimakasih banyak kepada semuanya, tanpa mereka apalah dayaku.

Apabila melihatkan hasilnya, alhamdulillah terasa suatu macam kebahagiaan yang sukar untuk digambarkan walaupun kejadiannya tidaklah sehebat mereka yang pakar.


Buat Najwa, terimakasih banyak diucapkan kerana memberi peluang untuk akak mencuba sesuatu yang baru dan sangat sangat mencabar ini.  Terimakasih juga di atas kepercayaan yang telah diberikan.  Diharap Najwa sekeluarga berpuashati dengan hasil yang telah akak usahakan.  Jika terdapat sebarang kekurangan haraplah dimaafkan.    Akak doakan  semuga Najwa berbahagia hingga ke syurga abadi, amin.