Saturday, February 28, 2015

Pulut Kuning Hantaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ini satu lagi tempahan Pulut Kuning Berhias Hantaran daripada Adibah disamping, kek red velvet dan mini cheese tart.
Inginkan suatu kelainan dalam merekahias pulut kuning, maka saya mencuba pula rekabentuk bunga.  
Hiasan terdiri daripada serunding, burung telur, telur puyuh, tomato ceri, tomato dibentukkan bunga,  cili dibentukkan bunga, salad segar dan daun pandan.
Tahniah diucapkan buat Adibah dan Daud.  Semuga bahagia hingga ke syurga.

Gelap sikit sebab ambil gambar ni awal pagi.
Terimakasih byk diucapkan buat Adibah kerana membuat tempahan awal dan kepercayaan yg telah diberikan bagi menyiapka tempahan.ini  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Thursday, February 26, 2015

Mini Cheese Tart

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Di samping kek red velvet hantaran Adibah juga menempah 150 biji mini cheese tart.

 


Terimakasih byk diucapkan.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Wednesday, February 25, 2015

RedVelvet Cake Hantaran Adibah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tempahan kek hantaran Adibah dari Sg Dua sempena hari akad nikahnya.


Terima kasih byk diucapkan di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Tuesday, February 24, 2015

Lapis Cheese Pesona. Kek Coklat Lembab & Chocolate Chips Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tempahan Nurul dari Lahar Yooi, Tasek Gelugur, sempena hari lahir anakanda tercinta.

Selamat Hari Lahir diucapkan buat Muhriz Zharfan, semuga membesar menjadi anak yg soleh serta dlm rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa.
Nurul menempah Kek Lapis Cheese Pesona,  Kek Coklat Lembab dan 100 biji muffin coklat chips sebagai doorgift.





Ini sms feedback yg sy terima daripada Nurul,

[20/02 9:32 pm] Nurul Lahar Yooi: Alhamdulillah..Semua puji kek sedap..
[20/02 9:33 pm] Nurul Lahar Yooi: Terima kasih kak..

Alhamdulillah, terima kasih byk diatas maklumbalas yg telah diberikan dan termakasih jg kerana sudi menempah dr deWattiesDelight.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.





Monday, February 23, 2015

Puding Kasih Bertaut Hantaran


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tempahan Fatimah sempena pertunangan sepupunya.




Terimakasih byk diucapkan.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.




Friday, February 20, 2015

Assorted Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
210 biji Muffin campuran perisa coklat, strawberi dan pandan tempahan kawan Mr Hubby.
Terimakasih byk diucapkan di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.


Monday, February 16, 2015

Mini Pavlova Hantaran


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Mini pavlova tempahan Hamidatul Hamda dari Bandar Baharu, Kedah, sempena hari pertunangan beliau.


Terima kasih byk diucapkan di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.




Saturday, February 7, 2015

Carrot Cake Bars With Cream Cheese Frosting / Kek Karrot Potong dengan Krim Keju

Assalamualaikum dan salam sayang semua,
Jom jamu mata dengan kek karrot potong ni.   Lama sangat tak makan kek karrot, jadi melepas rindulah ceritanya ni.  Ni kesah bulan lepas ya, macam biasalah n3 yang lama,  tapi tak lapuk ditelan zaman ya.
 Anak anak tak berapa suka dengan kek karrot.  Pilihan utama mereka mesti kek yang ada coklat.  Sebab tu la ambil masa sikit nak menerai resepi resepi baru.

Saya buat separuh adunan saja, cukupla untuk saya sorang hehehe, jangan jelez.  Saya hiaskan juga dengan sedikit krim mentega lebihan dari tempahan yang telah dibuat.  Kek ni sangat lembut, harum  dan semestinya sedap.  Resepi ni saya ambil dari buku Panduan Asas Menghias Kek Zati D Hati.  Anak bujang saya yang belikan buku tu.   Jom sama sama kita semak resepinya, mana tau ada yang ingin mencuba, dipersilakan ya.


Kek Lobak Merah

Bahan A
4 biji kuning telur
375ml cawan minyak jagung
130gm gula castor
150gm gula perang
150gm lobak merah parut
250gm tepung kek
3/4 st rempah campuran
1 1/2 st soda penaik (baking soda)
1st garam
100gm walnut - dibakar dan dicincang

Bahan B
4 biji putih telur


Kaedah Membuat
1.  Panaskan ketuhar pada suhu 180C
2.  Ayak tepung kek bersama rempah, soda penaik dan garam.
3.  Pukul kuning telur sebentar.  Masukkan minyak, gula perang dan gula kastor.  Pukul lagi sekejap sahaja.
4.  Masukkan campuran tepung.  Kacau menggunakan senduk kayu.
5.  Masukkan lobak merah dan walnut.


6.  Di dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur hingga menjadi meringue.
7.  Masukkan putih telur ke dalam adunan tepung, kacau perlahan.
8.  Tuang ke dalam loyang bersaiz 8 inci.  Bakar selama 40 minit atau sehingga masak sempurna.




Satu kelebihan blog ini, gambar mesti banyak, heheheh, jadi jangan jemu ya.