Tuesday, September 11, 2012

Blueberry / Strawberry Cheese Tart

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
120 biji Blueberry dan Strawberry Cheese Tart tempahan Nadia dari Alma, Bukit Mertajam sempena sambutan hari raya yang lepas.
Komen Nadia, "Sedap, sedap, boleh order lagi next time!" Hehehe, thanx dear.
Terimakasih banyak di atas tempahan ini, sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Tuesday, September 4, 2012

Two Tiers Wedding Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, Kek bertingkat ini adalah tempahan Nani dari Jelutong, Pulau Pinang, sempena majlis perkahwinan kakaknya Rose pada 1hb September 2012 yang lepas.
Yani nakkan warna turquoise pink, jadi begitulah hasil kejadiannya.
Selamat Pengantin Baru diucapkan buat Rose dan Errie, semuga hidup kalian berdua bahagia hingga ke syurga.
Terimakasih banyak diucapkan buat Nani diatas kepercayaan yang diberikan bagi menghasilkan kek ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Monday, September 3, 2012

Selamat Pengantin Baru Muhd Firdaus






Marble Cheese Brownies tempahan Noor Afzan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Marble Cheese Brownies tempahan Noor Afzan dari Sg Dua sempena majlis akad nikahnya baru baru ini.
Sebenarnya Afzan tempah brownies aja, tapi kita ni gatal tangan nak hias kotak bagi berseri sikit sebelum ambil gambar.
Afzan bagi contoh marble yang colarang celoreng, tapi saya buatkan marble cam ni. Harap Afzan menyukainya.
Semuga semuanya berjalan dengan lancar ya Afzan, jangan gabra, rilekssss.....insyaAllah semuanya akan dipermudahkan ALLAH.
Terimakasih banyak di atas tempahan ini, sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Sunday, September 2, 2012

Red Velvet In Jar sempena pertunangan Mas Athirah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Tempahan yang sempat saya sediakan buat Mas Athirah sempena majlis pertunangannya pada hari raya ketiga yang lepas.
Sebenarnya ada beberapa lagi tempahan pertunangan pada hari raya yang tak dapat saya terima. Takut pula tempahan tak dapat disiapkan, maklumla hari rayakan, mana nak layan tetamu, mana nak godek kek, silap silap kacau bilau jadinya.
Tempahan 10 botol saja, tapi gambar yang melebih lebih, hehehe.... Bukannya apa, sayang pulak nak mengabaikan gambar2 yang telah diambil, jd letaklah semuanya buat kenangan.
Selamat bertunang Mas. Semuga bahagia hingga ke syurga.
Terimakasih banyak diatas tempahan ini.

Saturday, September 1, 2012

Projek Biskut Raya 2012

Salam to all, Sedikit gambar gambar projek biskut raya saya yang lepas.
Mengeletar jugak lutut ni sementara nak siap semua biskut biskut ini.
Alhamdulillah, semuanya dapat disiapkan mengikut tempahan dan diserahkan pada waktu sebagaimana yang telah dijanjikan
.