Sunday, March 10, 2013

Kek Pisang Chocolate Rice Cikgu Hanif


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek Pisang Chocolate Rice tempahan Cikgu Hanif, Pulau Pinang.



Kata Cikgu Hanif, dia mai ke seberang kerana melawat sedara sakit. Dah terlanjur ke sini,  isterinya minta dia tempahkan kek kek ini.   Lepas menziarah sana sini, petang membawa ke senja baru singgah mengambil kek.  


Alahai......handsomenya Cikgu Hanif, mengalahkan Shah Rukh Khan hehehe....... geng MamakHajila ni....    Opsss, jangan marah na  mami kat sebelah yang mai sekali hari tu, kita hanya tepaku sejenak. 


Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Friday, March 8, 2013

Tempahan Apam LadyBird


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Apam LadyBird tempahan Jafizah bagi pihak adik perempuannya yang akan mengadakan kenduri di rumah. Tak pasti pula kenduri apa.


Jafizah menempah 200biji apam ladybird.



Malangnya,  kita hanya mampu merancang....


tapi Tuhan yang menentukan.   Entah dimana silapnya apam ladybird yang saya buat kali ini bertukar menjadi apam mekar....huhuhu......beginilah kejadiannya.


Tapi, pada pandangan mata saya, apam begini lebih cantik, nampak macam mulut anak burung minta disuapkan makan la pula......hehehe,  ayat nak menyedapkan hati la ni.....


Cuba anda lihat,  


Apam Ladybird


Yang ni  agak menjadi......


Maaf jugalah yang saya pinta daripada adik Jafizah di atas kejadian yang tidak disengajakan ini.  Walaubagaimanapun, saya dah berikan sedikit potongan harga.

\
Sungguhpun begitu kejadiannya, malam tu saya terima sms daripada Jafizah berbunyi begini,
Kak, semua puji apam sedap, ok jer apam tu, tqvm.  Terimakasih banyak Jafizah, harap adik dan Jafizah tidak  berkecil hati diatas kejadian yang tidak disengajakan itu.


Terimakasih banyak diatas tempahan ini.

Thursday, March 7, 2013

Snowy Cheese Cake Mohd Rezam


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tempahan kawan Mr Hubby, En Che Rezam sempena hari lahirnya.  Che Rezam menempah 2 biji snowy cheese cake.  Gambar diambil waktu subuh sebelum hubby bertolak ke tempat kerja, jadi agak malap sedikit.


Satu nak celebrate kat office bersama teman teman.


Lagi satu nak bawa balik rumah, celebrate dengan isteri dan anak anak.  Tentu berbunga mekar hati isteri dan anak anak bila diingati begini.  Selamat Hari Lahir diucapkan, semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki senantiasa, amin.


Terimakasih banyak diatas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Wednesday, March 6, 2013

Chocolate Moist Cake Firdaus

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Chocolate Moist Cake tempahan my cousin, Azlina untuk anak bujangnya, Firdaus yang menyambut hari lahir baru baru ini.


Happy Birthday Firdaus, semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.





Terimakasih banyak di atas tempahan ini.

Monday, March 4, 2013

Tiramisu Mille Crepe



Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya,

Sepotong tiramisu mille crepe buat tatapan semua pengunjung deWattiesDelight.


Kepada yang pernah menikmati durian crepe, pastinya menggemari kek crepe ini juga  kerana rasanya yang seakan akan, malahan ada tambahan bahan bahan lain yang membuatkan kek ini lebih enak.   Bezanya  ianya dibuat dalam bentuk kek.














PAVLOVA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Mini Pavlova tempahan Nurul Syuhada yang baru baru ini menempah red velvet dan strawberry crepe.  


Pavlova ini sebagai meraikan majlis perpisahan di tempat Nurul bertugas.











Terimakasih banyak di atas tempahan ini .  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.