Tuesday, December 10, 2013

Projek Mega Apam PolkaDot aka Apam Dot Dot aka Apam Blossom, Maria, Taman Pauh Indah


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Apam polka dot yang 1000 biji ini ditempah oleh Maria dari Taman Pauh Indah, Ptg Pauh, bagi pihak rakannya untuk majlis perkahwinan di Pulau Pinang.  Kata Maria, apam ni nak diletakkan dalam balang balang comel sebagai doorgift.


Hairannya senang pula saya menerima tempahan ini walaupun dalam kuantiti yang banyak yang boleh buat kita mengelabah dibuatnya,  ditambah pula produk yang ditempah ini  bila dibuat kdg menjadi kdg tidak.  Tapi, itulah kan,  kata hati kecil kita In Sha Allah  benar belaka.  Kadang kadang walaupun tempahan yang sedikit dan kecil  tetapi sangat sukar  untuk kita menerimanya.


Sebulan lebih sebelum majlis berlangsung Maria sudah menempah apam apam ini.  Sebelum menerima tempahan apam polka dot ini, selalu saya maklumkan pada pelanggan sekiranya mereka tidak kesah jika apam tersebut tiba tiba bertukar menjadi apam mekar baru saya sanggup terima tempahan tersebut.   Kata Maria, takpa kak, apam mekar pun takpa sebab Maria buat pun kadang jadi apam mekar juga, hehehe,  kita serupakan Maria.  Alhamdulillah, syukur saya kerana pelanggan sentiasa memahami situasi saya, saya cuma ingin bersikap jujur.   Tak seronok pula bila tetiba apa yang ditempah hasilnya tidak sebagaimana yang diharapkan.  Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, tapi TUHAN yang menentukan.



Alhamdulillah, kali ini apam ini agak menjadi, syukur sesangat saya ke hadrat ILLAHI kerana memungkinkan segalanya, rezeki Maria la tu kan.  Bila kita membuat sesuatu dengan hati yang gembira serta memikirkan pelanggan yang memberikan kita sepenuh kepercayaan bagi menghasilkan tempahan yang bagi saya bukannya sedikit, in sha Allah hasilnya juga membahagiakan kita.


Maria tidak menyatakan  warna yang khusus untuk tempahan ini, jadi saya pelbagaikan warna bagi menceriakannnya.  Tentu cantik bila diletakkan dalam balang balang kecil dengan warna warnanya yang pelbagai.  Terbayang bayang di wajah saya bilamana pengunjung yang tiba dihadiahkan dengan apam polkadot dalam balang yang kecil dan  comel serta dihias indah.   Idea yang sangat menarik bukan.


Ada satu lagi cerita di sebalik apam dot dot ini.  Petang Khamis itu, Maria sms,  katanya nak datang mengambil tempahan.  Tiba tiba saya jadi mengeletar, hari ni ke  atau esok sepatutnya tempahan di ambil???  Sebab saya baru menyiapkan 700 biji apam sahaja, belum cukup 1000biji lagi.    Rupa rupanya saya tersilap tarikh, saya sangka Maria nak ambil hari Jumaat, sebenarnya Maria nak ambil hari khamis, saya yang tersilap melihat kalendar rupanya.  Tapi, alhamdulillah kata Maria tak apa, esok pagi masih sempat sebab majlis berlangsung hari Sabtu,  sengaja beliau nak ambil awal  untuk diisikan dalam balang.     Fuhhh, lega rasa hati.



Macam macam warna ada.  Mana satu pilihan hati....




Terimakasih banyak Maria dan juga rakannya yang telah memberikan saya sepenuh kepercayaan bagi menghasilkan apam dot dalam kuantiti yang banyak ini.  Kira projek mega world jugak lah ni, hehehe.   Sebarang kekurangan haraplah dimaafkan.


dan terimakasih juga buat anak saya, AminFayyadh yang membantu menjayakan misi mencabar ini.  

Saturday, December 7, 2013

Caramel Cake n Rainbow Cake In The Jar Mona, Alamaya


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek karamel dan kek pelangi dalam balang tempahan mama vogue yang sentiasa anggun dan bergaya hehehe  (ni bukan nak jek na Mona)  Mona, Alamaya, Taman Pauh Jaya,


Kek dihadiahkan sebagai tanda terimakasih  Mona kepada doktor doktor dan jururawat bertugas yang telah merawat dan menjayakan pembedahan ayahnya di hospital KPJ Seberang Perai baru baru ini,


Kek karamel.


Terlanjur berbicara tentang Mona, mai kita berkenalan dengan Mona sat.     Jom ramai ramai tekan tang butang warna merah ang ang ni  Al-Jannah-MunaSafar  untuk mengetahui lebih lanjut tentang Mona.   Bicara Mona begitu santai dengan dialek Penangnya, tidak jemu bila membacanya.   Kata Mona beliau ingin menjadi diri sendiri.  


Mona ada juga mengambil tempahan membuat tudung dan berkaitan dengannya.    Tudung tudung Mona cantik dan halus jahitannya, tak caya pi tengok blog Mona.  Nak tudung yang macam mana, habaq mai,  sat saja Mona siapkan.  

Selain menjahit tudung, Mona juga rajin  bersajak dan berpuisi.   Hasil karya Mona pernah masuk dalam surakkhabar uuu.  Kepada  yang berjiwa halus dan berseni, bolehla singgah dan menghayati penulisan hati,  sajak dan puisi nukilan Mona.  


Terimakasih banyak Mona  diatas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Friday, December 6, 2013

Kek Keju Meleleh / Kek Cheese Meleleh Syaza


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek Keju Meleleh aka Kek Cheese Meleleh tempahan Syaza, Spg Ampat Tasek, Sbg Perai Selatan.


Strawberi


Coklat




Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.


Tuesday, December 3, 2013

Rainbow Cake In The Jar Yatie, Kulim


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek Pelangi dalam balang ini ditempah oleh Yatie dari Kulim.  Sebelum ni Yatie selalu menempah tart, kali ni cuba sesuatu yang berlainan pula.





Yatie menempah 30 balang kesemuanya.






Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Monday, December 2, 2013

Kek Keju Meleleh / Kek Cheese Meleleh Yani, Tasek Gelugur, Sbg Perai Utara



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tempahan pertama kek keju meleleh aka kek cheese meleleh datangnya daripada Yani, Tasek Gelugur.




Yani menempah perisa strawberi dan coklat.


Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.