Monday, February 27, 2012

Teman teman lama dan kek kek tempahan

Assalamualaikum dan hallo semua,
Selamat bertemu kembali. Harap semuanya sihat sihat belaka ya. Tengah buat apala agaknya ya. Kalau tak sibuk bolehla layan gambar gambar kat bawah ni kejap. Hari ini nak beri laluan untuk gambar gambar keks dan teman teman lama.......layannnnnnn

Sedikit tempahan daripada rakan rakan seperjuangan dulu. Tak disangka, begitu cepatnya masa berlalu. 2008 adalah tahun terakhir saya berkhidmat di syarikat usahasama German dan Malaysia. Syarikat yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis di dalam karier saya.

Akhirnya projek rahsia saya sejak berhenti kerja telah dapat dihidu oleh teman teman. Berkobar kobar mereka nak merasa hasilan deWattiesDelight, keh keh keh. Inilah antara kek kek yang ditempah, terimakasih banyak semuanya ya. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.


Banana Yoghurt Almond Chocolate Chips Cake

Chocolate Rice Banana Cake. Kek pisang dah jadi macam trademark deWattiesDelight la pulak....

Caramel Cake


Yang ni special request daripada Siti Susi dan Sitti Zaiton. Beria-ia mereka suruh saya buat cookies ni sebab mereka kata gambar cookies ni yg saya letak di SINI tempohari nampak macam sedap, jadi mereka teringin sangat nak rasa, tambah tambah bila Siti kata mengidam......huwaaaaa, wajib kena buat ni. Jadi, kita pun godek la apa yg patut. Rasa macam nak raya la pulak keh keh keh.

Hmmmm, korang rasala sorang sikit. Cookies ni agak manis ya. Lepas makan tolong komen sedap ke idak, ok. Sebarang komen samada positif atau negatif tetap saya terima dengan hati yang terbuka hehehe....


Inilah rakan rakan di bawah jabatan Finance and Administration sewaktu saya bertugas dahulu. Mereka ni semua turun ramai ramai ke bawah untuk melihat kek kek yg saya bawa. Terkejut beruk juga saya dibuatnya sebab cadang saya nak hantar dan terus balik aja, jadi saya hanya menanti di parkir kereta, segan pulak nak masuk ke dalam. Tetiba, mereka ni semua turun ramai ramai, terkejut, namun sedikit gembira dapat bersua kembali dan berbual mesra bersama teman teman lama. Sempat juga saya bergambar kenangan bersama mereka, ambil gambar kat tepi jalan aja, kat tempat parking, jadi begitulah kejadiannya. Sewaktu bekerja dahulu tak sempat nak bergambar. Ni pun minta tolong abang security tolong ambilkan, tkasih ya.

Bila jumpa mereka ni semua, terubatla sikit rindu di hati. Tapi yang sedihnya tu, saya nampak muka mereka semua muka tension aja.....hehehe. Semua asyik merungut banyak kerja. Biasalah tu kan, kita dibayar untuk bekerja, jadi bekerjalah semua baik baik ya, kik kik kik, kerja ni pun satu amanah yang wajib kita jaga, jangan mare.....nanti lekas tua....heheheh

Ok, mai saya perkenalkan sorang sorang ya. Dari kiri, Tengku Aezi, Lai Soo Gan, Lee Choon Yong, Michele Ooi, Goh Seok Chin, Siti Susi, Rashidah dan Sitti Zaiton. Terimakasih semua, Danke euch allen, luv uols....muahhhh

Wednesday, February 22, 2012

Kek Lapis Sisik Ikan

Salam buat semua pengunjung blog deWattiesDelight,
Mudah-mudahan anda semua berada di dalam rahmat kasih sayang ALLAH dimana jua anda berada, insyaALLAH Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke blog ini dan menluangkan sedikit dari waktu emas teman teman semua buat menatapi blog yang tak sepertinya ini.

Sejak kebelakangan ini, sambungan internet di tempat saya tersangatlah lembab, tak tau la dimana silapnya. Terkadang tu bila singgah membalas kunjungan ke blog teman2, siap tulis panjang berjela, tetiba tak boleh diupload pula, geram betul kita dibuatnya, berkali kali dicuba namun masih belum berjaya. Nak dikatakan kerana terlewat membuat bayaran, rasanya tidak pula sebab kita ni mmg express klu bab2 melunaskan bil, tak suka pending2, malahan sebelum deadline lagi kita dah jelaskan awal awal lagi. Tak tau pulak sekiranya ada teman2 yg menghadapi masalah yg sama, harap dapat membantu.

Sehubungan dengan itu, maaf jualah yg saya pinta seandainya sedikit terlambat membuat kunjungan balas disebabkan permasalahan ini. InsyaAllah, lepas semuanya kembali normal, saya akan berkunjung lagi, sesungguhnya kehadiran teman teman alamaya semua amatlah saya hargai.


Ok lah, berbalik kita ke n3 hari ini. Sejak membuat kek lapis batik sutera tempohari, dah jadi macam ketagih pula ingin membuat kek lapis lagi. Walaupun pembuatan kek ini agak rumit, tapi bila melihatkan hasilannya membuatkan saya teringin mencuba kek lapis yang berlainan corak pula. Kali ini saya mencuba pula Kek Lapis Sisik Ikan yg agak glamer juga dewasa ini. Saya masih menggunakan resepi yang sama, yg boleh dilihat di SINI, cuma idea menjadikannnya sisik ikan sahaja saya ambil dari resepi di bawah ini. Kalau tak silap saya resepi ni sumbangan Pn Rabiah Amit, sifu kek lapis, namun resepinya saya perolehi dari laman MYResepi. Terimakasih kepada semuanya ya. Kepada yang ingin mencuba, dibawah ini saya perpanjangkan resepinya.


Kek Lapis Sisik Ikan
maryam81@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 3" )

10 Biji Telur
250gm Gula halus
1 sudu makan ovellete
75ml air sejuk
1 tin seri kaya
½ botol kecil horlicks
250gm tepung
360 gm mentega di pukul dgn 4 sudu makan susu pekat
4 bungkus manisan hawflakes


Cara-cara

Pukul bahan no 1 – 6 hingga kembang.
Masukkan mentega dan gaul sebati
Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi
Ambil sesenduk adunan dan bakar hingga masak
Buat 2 lapis baru di cucuk dgn hawflakes
Cucuk hawflakes secara mencondong
Ulang proses ini hingga habis.




Beginilah rupa sisik ikan saya, tak taula jadi ke tidak, tapi begitulah kejadiannya. Nampak berlainan sedikit dari yang orang lain buat. Yang selalu saya lihat sisiknya di sisi sahaja, tapi saya punya kejadiannya dekat atas dan sisi juga, ni mesti silap teknik mengatur hawflakes. Ataupun hasil kreativiti sendiri hehehe.... Takpa lain kali boleh cuba lagi...

Kek ni saya potong2 untuk anak bawa ke sekolah semasa hari terakhir persekolahan tak lama dulu, hehehe.....dah lama sebenarnya buat kek ni.....cuma terlambat masuk n3.