Salam buat semua pengunjung blog deWattiesDelight,
Mudah-mudahan anda semua berada di dalam rahmat kasih sayang ALLAH dimana jua anda berada, insyaALLAH Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke blog ini dan menluangkan sedikit dari waktu emas teman teman semua buat menatapi blog yang tak sepertinya ini.
Sejak kebelakangan ini, sambungan internet di tempat saya tersangatlah lembab, tak tau la dimana silapnya. Terkadang tu bila singgah membalas kunjungan ke blog teman2, siap tulis panjang berjela, tetiba tak boleh diupload pula, geram betul kita dibuatnya, berkali kali dicuba namun masih belum berjaya. Nak dikatakan kerana terlewat membuat bayaran, rasanya tidak pula sebab kita ni mmg express klu bab2 melunaskan bil, tak suka pending2, malahan sebelum deadline lagi kita dah jelaskan awal awal lagi. Tak tau pulak sekiranya ada teman2 yg menghadapi masalah yg sama, harap dapat membantu.
Sehubungan dengan itu, maaf jualah yg saya pinta seandainya sedikit terlambat membuat kunjungan balas disebabkan permasalahan ini. InsyaAllah, lepas semuanya kembali normal, saya akan berkunjung lagi, sesungguhnya kehadiran teman teman alamaya semua amatlah saya hargai.
Ok lah, berbalik kita ke n3 hari ini. Sejak membuat kek lapis batik sutera tempohari, dah jadi macam ketagih pula ingin membuat kek lapis lagi. Walaupun pembuatan kek ini agak rumit, tapi bila melihatkan hasilannya membuatkan saya teringin mencuba kek lapis yang berlainan corak pula. Kali ini saya mencuba pula Kek Lapis Sisik Ikan yg agak glamer juga dewasa ini. Saya masih menggunakan resepi yang sama, yg boleh dilihat di SINI, cuma idea menjadikannnya sisik ikan sahaja saya ambil dari resepi di bawah ini. Kalau tak silap saya resepi ni sumbangan Pn Rabiah Amit, sifu kek lapis, namun resepinya saya perolehi dari laman MYResepi. Terimakasih kepada semuanya ya. Kepada yang ingin mencuba, dibawah ini saya perpanjangkan resepinya.
Kek Lapis Sisik Ikan
maryam81@myresipi.com
Bahan-bahan ( 8" x 8" x 3" )
10 Biji Telur
250gm Gula halus
1 sudu makan ovellete
75ml air sejuk
1 tin seri kaya
½ botol kecil horlicks
250gm tepung
360 gm mentega di pukul dgn 4 sudu makan susu pekat
4 bungkus manisan hawflakes
Cara-cara
Pukul bahan no 1 – 6 hingga kembang.
Masukkan mentega dan gaul sebati
Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi
Ambil sesenduk adunan dan bakar hingga masak
Buat 2 lapis baru di cucuk dgn hawflakes
Cucuk hawflakes secara mencondong
Ulang proses ini hingga habis.
Beginilah rupa sisik ikan saya, tak taula jadi ke tidak, tapi begitulah kejadiannya. Nampak berlainan sedikit dari yang orang lain buat. Yang selalu saya lihat sisiknya di sisi sahaja, tapi saya punya kejadiannya dekat atas dan sisi juga, ni mesti silap teknik mengatur hawflakes. Ataupun hasil kreativiti sendiri hehehe.... Takpa lain kali boleh cuba lagi...
Kek ni saya potong2 untuk anak bawa ke sekolah semasa hari terakhir persekolahan tak lama dulu, hehehe.....dah lama sebenarnya buat kek ni.....cuma terlambat masuk n3.
No comments:
Post a Comment