Tuesday, July 24, 2012

Caramel Cake for Babah and Yen's birthday

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, Lagi kek karamel tempahan Yusanani untuk Babah dan Yen.
Yusnani nakkan bunga2 seperti yang dibuat untuk birthday Daniel dan Kak Chik baru baru ni tapi dalam bentuk bulat dan rose pula nak yang bewarna peach. Sayangnya saya tak dapat mencari warna tersebut di kedai bakeri. Setelah dimaklumkan, Yus kata buatlah warna apapun tak apa, alhamdulillah, senang kerja akak, terimakasih Yus kerana memahami.
Jadinya, beginilah hasilan kek karamel sesudah dimekapkan dengan bunga bungaan, saya tambahkan juga sedikit daun daun hijau sebagai menambah serinya.
Happy Birthday Babah dan Yen. Semuga hidup diberkati selalu, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezek, amin....
Dibahagian dalam kek pula, Yus nakkan warna warna pelangi. Kat sini tak nampak warna warna pelanginya lagi ya. Kalau nak tengok belang2 pelangi tu, kenalah potong kek ni dulu. Issshhhh, yang ni kek orang tak leh la nak potong...... Tapikan kalau nak tengok kalernya boleh la tengok kat kek dalam loyang yang bawah sekali nun....
Lebih kurang macam ni lah warna rainbow tu. Jenuhla kita ni mengatur mangkuk mengadun warna warna pelangi satu satu, renyah jugak ni tau....tapkan kita tetap gembira membuatnya. Anyway, terimaksih Yus di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Monday, July 16, 2012

Kek Mini Marble Badam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Kek mini ini saya buat untuk dibawa ke rumah saudara yang mengadakan kenduri arwah beberapa hari yang lepas.

Friday, July 13, 2012

Kek Lapis Batik Sutera

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Kek Lapis Sarawak tempahan Aezi untuk rakannya. Saya buatkan corak batik sutera.
Kata Aezi, kawannya nak ke UK untuk menghadiri hari graduasi anaknya, jadi kek ini dibawa bersama sebagai buahtangan.
Kek lapis selalunya tahan disimpan lama. Caranya ialah dengan membungkus kek tersebut dengan cling wrap atau kertas aluminium dan masukkan kedalam bekas bertutup. Boleh juga dingin bekukan kek tersebut untuk beberapa bulan. Cara anda mengendalikan kek itu juga mempengaruhi jangka hayatnya. Tangan hendaklah bersih semasa memegang kek dan pastikan ia disimpan dalam bekas bertutup.
Terimakasih banyak di atas tempahan ini.

Tuesday, July 10, 2012

Happy Birthday Wawa & Nana


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Chocolate Moist Cake tempahan Siti Susi untuk anakanda dan adinda tersayang.



Sebenarnya Siti nakkan gambar princess kat atas kek, malangnya stok gambar princess edible image sudah kehabisan dari kedai bakery. Kalau nak menempah, ambil masa yang agak panjang dan tak sempat, jadinya saya buatkan bunga dan dedaun aja, harap Siti, anak dan adik menyukainya.



Happy Birthday Wawa dan Nana, semuga menjadi anak dan adik yang terbaik, hidup diberkati, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki senantiasa, amin.


Malam tu, Siti sms begini "Adik adik kata sedap kek tu, mak siap pesan lagi bila2 nak order kek lg tp yang lain pula". Alhamdulillah, dan terimakasih banyak Siti.


Monday, July 9, 2012

Kek Karamel Intan Zurida

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek karamel tempahan Intan Zuria dari Bertam, Kepala Batas untuk ibunya.
Intan nakkan kek karamel yang warna warni dan terang. Jadi saya buatkan warna biru merah dan putih. Amacam, terang tak??
Terimakasih diatas tempahan ini.

Friday, July 6, 2012

Biskut Raya 2012 deWattiesDelight

Biskut raya 2012  deWattiesDelight  muncul lagi dengan sedikit tambahan biskut terbaru.  Dibuka untuk tempahan, sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi / sms  012-4742726. Tarikh tutup tempahan  minggu pertama puasa.



SNOW ALMOND









PINEAPPLE TART






HAZELNUT OAT





IRISH COOKIES


SNOW ALMOND II




BISKUT MAZOLA




ALMOND LONDON





SEMPRIT