Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya,
Lagi kek karamel tempahan Yusanani untuk Babah dan Yen.
Yusnani nakkan bunga2 seperti yang dibuat untuk birthday Daniel dan Kak Chik baru baru ni tapi dalam bentuk bulat dan rose pula nak yang bewarna peach. Sayangnya saya tak dapat mencari warna tersebut di kedai bakeri. Setelah dimaklumkan, Yus kata buatlah warna apapun tak apa, alhamdulillah, senang kerja akak, terimakasih Yus kerana memahami.
Jadinya, beginilah hasilan kek karamel sesudah dimekapkan dengan bunga bungaan, saya tambahkan juga sedikit daun daun hijau sebagai menambah serinya.
Happy Birthday Babah dan Yen. Semuga hidup diberkati selalu, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezek, amin....
Dibahagian dalam kek pula, Yus nakkan warna warna pelangi. Kat sini tak nampak warna warna pelanginya lagi ya. Kalau nak tengok belang2 pelangi tu, kenalah potong kek ni dulu. Issshhhh, yang ni kek orang tak leh la nak potong...... Tapikan kalau nak tengok kalernya boleh la tengok kat kek dalam loyang yang bawah sekali nun....
Lebih kurang macam ni lah warna rainbow tu. Jenuhla kita ni mengatur mangkuk mengadun warna warna pelangi satu satu, renyah jugak ni tau....tapkan kita tetap gembira membuatnya.
Anyway, terimaksih Yus di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
No comments:
Post a Comment