Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya,
Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua pengunjung2 dan teman teman blogger yang saya sayangi. Semuga Aidil Fitri kali ini disambut dengan penuh kebahagiaan dan keceriaan. Semuga rahmat dan kasih sayang Allah senantiasa memayungi kalian semua.
Agak lama juga blog ini menyepikan diri. Dengan munculnya gambar gambar biskut raya ini rasanya semuanya faham kenapa ya, hehehe...... Macam tahun lepas juga, tahun ini saya mengambil tempahan membuat biskut raya. Permintaan untuk biskut raya pada tahun ini bertambah sedikit dari tahun lepas, alhamdulillah....syukur ke hadratNYA. Disebabkan itulah, saya tidak dapat mengupdate blog sebagaimana sebelumnya.
Tahun ini selain dari biskut biskut yang pernah saya buat, saya juga menambah sedikit lagi koleksi terbaru biskut raya seperti yang dapat anda semua lihat dalam gambar gambar di bawah ini.
Tempahan telah dibuka sebelum bulan ramadhan yg lalu dan ditutup pada minggu pertama puasa. Maaf kerana tidak meletakkan promosi di dalam blog ini kerana saya menghadkan penerimaan tempahan biskut raya disebabkan kekurangan kakitangan dan masa. Terimakasih banyak diucapkan kepada semua yang telah sudi menempah, sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Maaf juga kepada mereka yang dari luar Pulau Pinang yang bertanya samada saya mempunyai ajen di kawasan2 mereka. Sebenarnya, saya hanya menjalankan bisnez ini secara kecil kecilan dan hanya mengambil tempahan bagi kawasan2 yang berhampiran sahaja. Insya Allah, jika diizinkan, mungkin di masa masa hadapan saya akan mempertimbangkan untuk melebarkan biznes ini, hehehe...ceeewahhhh, macam bisnez juta juta la pulak, kik kik kik, tapi tak tau la bila lagi...... tungguuuuuuu.........
Oklah, sebelum semua bertambah boring,......jom layan gambar gambar biskut raya deWattiesDelight tahun 2012..........zaaaaassssssssss
SNOW ALMOND
PINEAPPLE TART
HAZELNUT OAT
IRISH COOKIES
SNOW ALMOND II
BISKUT MAZOLA
ALMOND LONDON
SEMPRIT
No comments:
Post a Comment