Friday, November 30, 2012

Tempahan Durian Crepe yang bagaikan durian runtuh....


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
 Repeat order daripada Haris n Nana serta Mastura dan Nurul Aini.



Mencuba pula warna merah. Sekadar ingin melihat kelainan dan kesesuaian warna. Walaubagaimanapun warna hijau dan kuning adalah warna yang paling popular.


Crepe yang dihasilkan oleh amatur....hehehe kecik besar pula saiznya.


Separuh dari crepe ni dah dihantar kepada Haris n Nana di Carrefour Seberang Jaya, tak sempat nak ambil gambar. Lepas hantar crepe, balik rumah sambung mengcrepe lagi. Nak masuk senja baru siap. Sakit juga pinggang ni melenggang crepe yang ala ala lenggang kangkung, kena ayu ayu gitu.


Terimakasih banyak diucapkan buat Mohd Haris n Nana. Kata Haris, makan crepe ni macam tak boleh nak berhenti, mungkin akan tempah lagi. Terimakasih juga buat Mastura serta temannya Nurul Aini, yang menempah sampai 12 pek, hehehe.....kenduri ker Nurul....




Harap semuanya berpuashati.  Jika ada sebarang kekurangan, harap dimaafkan.

Wednesday, November 28, 2012

Moist Butter Cake dan Cheese Tart tempahan Yusnani


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
 Tempahan Yusnani dari Teluk Air Tawar sempena hari lahir anaknya Danish Haziq yang ke 8 tahun baru baru ini



Danish nakkan gambar Ultraman Max. Alhamdulillah, terjumpa juga edible image ni. Itupun satu ni jer yang ada, kira nasib baiklah tu.


Kata Yusnani lagi, Danish nakkan kek yang berbelang belang macam kek karamel yang pernah ditempah sebelum ini, tapi tak nak karamel kat atasnya.   Jadi saya marblekan butter cake ini dengan beberapa warna. Kalau dipotong, insyaAllah akan kelihatanlah belang belangnya.


Untuk kek ini, saya menggunakan teknik steam buttercream yang selalu bakers aplikasikan untuk kek-kek perkahwinan.  Jadi permukaannya nampak lebih licin dan rata.  Sengaja saya menggunakan teknik ini untuk mempraktikan ilmu yang telah dipelajari suatu ketika dahulu, jika tak dibuat takut terlupa pula nanti....



Disamping kek hari lahir, Yusnani juga menempah cheese tart dengan perisa campuran blueberry dan strawberry.




Suka pula saya membuat cheese tart ini..... begitu mengasyikkan 



Selamat Hari Lahir diucapkan buat Danish, semuga dipanjangkan usia, menjadi anak yang soleh, cemerlang dunia serta akhirat, amin.


Terimakasih banyak diucapkan buat Yusnani yang selalu menempah dari  deWattiesDelight. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Monday, November 26, 2012

Tempahan Durian Crepe

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Durian Crepe in the hausss.   


Tempahan datangnya daripada  Mohd Haris n Nana dari Carrefour Sbg Jaya, Mastura dari Eon Credit dan Fatimah dari Kampung Pertama.  Terimakasih banyak semuanya ya.


Ini adalah pek promosi.











Sunday, November 25, 2012

Blueberry Cheese Tart Again........

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Blueberry cheese tart tempahan Mona, Alamaya.
Terimakasih banyak di atas tempahan ini, sebarang kekurangan harap dimaafkan

Saturday, November 24, 2012

Apartment / Rumah Untuk Disewa Di Taman Pauh, Permatang Pauh/Perai, Seberang Perai, Pulau Pinang


Apartment / Rumah 3 bilik  untuk disewa. 
Kemasukkan Segera !!!

Catatan Tambahan :- 

Lokasi strategik lengkap dengan kemudahan asas 


Berhampiran Pusat Pengajian Tinggi (Uitm & Politeknik SPerai) 


Berdekatan dengan pusat membeli belah yang unggul
(Aeon Jusco, Carrefour, Tesco, Giant) 


Berdekatan dengan pejabat2 kerajaan 


Hanya 1.5km perjalanan ke Jambatan Pulau Pinang 
10km ke Butterworth dan 5km ke Bukit Mertajam. 


Berminat sila sms/hubungi :  012-4742726

Wednesday, November 21, 2012

Marble Cheese Brownies tempahan Sue Pesona


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
 Marble Cheese Brownies tempahan Sue, Pesona, untuk makan makan bersama famili.



Minggu lepas Sue ada menempah snowy cheese cake.





Terimakasih banyak di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.



Biasanya bila musim cuti sekolah begini,  mesti kena lebihkan apa apa yang dibuat, maklumlah cuti sekolah, jadi ada saja rakyat yang tetiba jadi termengidam.   Brownies ni saya bakar lagi sebiji untuk hubby dan anak anak.


Dan potong kecik kecik supaya mudah untuk dimakan dek anak anak. Macam ni la rupanya brownies deWattiesDelight.