Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tempahan Yusnani dari Teluk Air Tawar sempena hari lahir anaknya Danish Haziq yang ke 8 tahun baru baru ini
Danish nakkan gambar Ultraman Max. Alhamdulillah, terjumpa juga edible image ni. Itupun satu ni jer yang ada, kira nasib baiklah tu.
Kata Yusnani lagi, Danish nakkan kek yang berbelang belang macam kek karamel yang pernah ditempah sebelum ini, tapi tak nak karamel kat atasnya. Jadi saya marblekan butter cake ini dengan beberapa warna. Kalau dipotong, insyaAllah akan kelihatanlah belang belangnya.
Untuk kek ini, saya menggunakan teknik steam buttercream yang selalu bakers aplikasikan untuk kek-kek perkahwinan. Jadi permukaannya nampak lebih licin dan rata. Sengaja saya menggunakan teknik ini untuk mempraktikan ilmu yang telah dipelajari suatu ketika dahulu, jika tak dibuat takut terlupa pula nanti....
Disamping kek hari lahir, Yusnani juga menempah cheese tart dengan perisa campuran blueberry dan strawberry.
Suka pula saya membuat cheese tart ini..... begitu mengasyikkan
Selamat Hari Lahir diucapkan buat Danish, semuga dipanjangkan usia, menjadi anak yang soleh, cemerlang dunia serta akhirat, amin.
Terimakasih banyak diucapkan buat Yusnani yang selalu menempah dari deWattiesDelight. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
No comments:
Post a Comment