Thursday, February 28, 2013

Mini Baked Macaroni / Makaroni Bakar Mini


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Makaroni Bakar Mini ini saya buat atas permintaan Ana, Penang.  Kata Ana, makaroni ni nak dibawa ke Batu Feringghi dimana satu majlis BBQ akan diadakan pada malam hari tu di sana. Untuk hidangan VVIP......hehehe


Puas juga saya memikirkan cara packing yang sesuai untuk makaroni ini kerana di atasnya ada bahan bahan tabur serta juraian  sos dan mayonaise.  Kalau tersilap packing tentu terpalit sana sini dan tak cantik kelihatannya.





Makaroni yang baru dibakar dengan taburan cheese parut sebelum dijuraikan dengan sos dan mayonaise







Senang untuk dinikmati, sorang ambil satu, tak payah potong potong dan yang penting semua dapat, takdala nanti yang kempunan pulak, yer dak...



Siap untuk disantap.




Terimakasih banyak diucapkan buat Ana dan suaminya yang telah memberikan saya peluang untuk menghasilkan makaroni bakar bersaiz mini begini. 


Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

1 comment:

  1. myelerakn tgk mini baked macaroni tu kak...kemas mesti custmer puashti

    ReplyDelete