Friday, March 29, 2013

Pavlova Again.....



\

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Pavlova againnnnnnnn.   Tiba tiba Pavlova menjadi antara hidangan pencuci mulut yang kian popular setanding durian crepe.  Hanya saya saja yang agak terlewat untuk mencubanya.  


Pavlova mempunyai tekstur yang ringan bila dipegang dan jika disentuh permukaannya akan terasa licin dan garing.


Lazimnya dihidangkan bersama whipping krim  dan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, blueberry, ceri, raspberry dan sebagainya.


Pemilihan buah-buahan yang mempunyai rasa masam yang ditaburkan di atasnya adalah untuk mengimbangi rasa manis meringue tersebut.




Meriah nyaaaa.......






Jom kita.......... pavlovaaaaaa


Pavlova seelok-eloknya dimakan segera kerana jika lama dibiarkan akan menyerap cecair dan tidak rapuh.

Dimulakan dengan  bismillah.....




 disudahi dengan alhamdulillah.....


Begitulah hidup kita sehari hari, mudah mudahan dirahmati ALLAH.......

Thursday, March 28, 2013

Chocolate Moist Cake Boboi Boy buat Darwisy


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek coklat lembab dengan edible image BoboiBoy ini ditempah oleh rakan sekerja hubby sempena hari lahir anaknya, Darwisy.






Happy Birthday Darwisy, semuga menjadi anak yang soleh, penyejuk hati ayah dan bonda dan diberkati hidup senantiasa, amin.

\


Terimakasih banyak diatas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.


Wednesday, March 27, 2013

Angry Bird Cake buat Alif & Yaya


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tempahan Fatimah, Kg Pertama sempena hari lahir dua orang anaknya.




Fatimah menempah butter cake, kek pisang coklat urai dan apam ladybird.







Happy Birthday Alif dan Yaya, semuga menjadi anak yang soleh dan solehah,   penghibur hati ayah dan bonda dan diberkati hidup senantiasa, amin.



Chocolate Rice Banana Cake





Apam Ladybird.


Terima kasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Monday, March 25, 2013

PAVLOVA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Pavlova tempahan Nurul, pelajar Politeknik Seberang Perai sempena hari lahirnya jumaat yang lepas.




Happy Birthday Nurul, semuga cemerlang dunia serta akhirat, amin.



Gabungan buah buahan segar,  anggur hitam, kiwi  dan strawberi.



Terimakasih banyak di atas tempahan ini, sebarang kekurangan harap dimaafkan.


Sunday, March 24, 2013

Makaroni Bakar buat AminFayyadh & Asyraf



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Makaroni bakar buat anak anakku,  AminFayyadh dan Asyraf yang menyambut hari lahir pada bulan Mac 2013.


Makaroni ini permintaan AminFayyadh sebab dia taknak makan kek, dah jemu katanya.


Selamat Hari Lahir anak anakku, semuga hidup  senantiasa diberkati.