Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Seberang Perai Pulau Pinang
Saturday, April 20, 2013
Friday, April 19, 2013
Red Velvet Jar Cake, Pavlova, Cream Puff dan Apam Polka Dot sempena pertunangan Niza
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tempahan Niza sempena majlis pertunangannya pada 14hb April 2013 yang lepas.
Niza menempah lebih kurang sebulan awal, lega rasa hati.
Antara yang ditempah oleh Niza ialah Kek Baldu Merah dalam balang, Mini Pavlova, Cream Puff dan Apam Polka Dot.
Mini Pavlova
Cream Puff
Yang ni sebelum diletak inti krim kastad
Apam Polka Dot
Mai kita baca sikit apa komen/sms daripada Niza :-
Salam akak, semua sedap2 kak, tak puas dpt mkn 1 jer, nanti nak order redvelvet lagi dgn apam polka dot. Puashati order dengan akak, semua sedap2.
Red Velvet Cake In A Jar
Terimakasih banyak Niza di atas tempahan dan komen yang membina. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Thursday, April 18, 2013
Happy 21st Anniversary Rashidah
Assalamualaikum dan dalam sejahtera semua,
Tempahan kek karamel daripada Rashidah sempena Hari Ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 21 tahun.
Shidah nakkan design yang ada bunga bunga sama seperti yang ditempah sebelum ini.
Happy Anniversary Shidah, semuga bahagia hingga ke syurga, amin...
Terimakasih banyak di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Tuesday, April 16, 2013
Chocolate Moist Cake Ipah
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tempahan Fatimah, Kg Pertama sempena hari lahir adiknya Ipah.
Happy Birthday Ipah, semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.
Terimakasih banyak di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Monday, April 15, 2013
Kek Pelangi Dalam Balang/Botol, Pulau Pinang
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
N3 khas untuk produk terbaru deWattiesDelight, Rainbow Cake In Jar.
Saturday, April 13, 2013
Chicken Pie dan Pavlova Hanie, Taman Pauh Jaya
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tempahan terbaru daripada Hanie, Taman Pauh Jaya. Jiran setaman jugak nampak gayanya, pi mai, pi mai tang tu, hehehe...... Hanie yang mengandung teringin sangat nak makan kedua dua produk ini.
Hanie menempah Pai Ayam dan juga Pavlova. Ni first time saya terima tempahan pai. Nampaknya semenjak kebelakangan ini banyak tempahan untuk produk produk baru yang diterima. InsyaAllah, mana yang boleh dibuat, akan cuba saya usahakan.
Hanie nak bawak balik Penang di Bayan Baru katanya untuk makan makan bersama keluarga.
Chicken Pie yang menggunakan pastry rangup sebagai dasarnya.
Tak lupa juga pavlova.
Terimakasih banyak diucapkan kepada Hanie kerana sudi menempah. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)