Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kalau sebelum ini saya hanya mendapat tempahan untuk kek baldu merah dalam balang, tapi kali ini cabaran baru muncul lagi. InsyaAllah saya akan buat sebaik mungkin, itulah tekad saya setiap kali menerima tempahan, selebihnya saya serahkan kepada ALLAH untuk menentukan.
Berusaha, berdoa dan bertawakall. Beginilah hasilannya.
Kek ini saya buat sebagai memenuhi tempahan Hanim yang menetap di Tawau dan pulang Bayan Baru, Pulau Pinang sempena majlis aqiqah anaknya pada hari Sabtu, 5hb April yang lepas.
Hanim menempah 200 balang kesemuanya sebagai cenderahati buat tetamu yang hadir.
Memang sangat sangat mencabar untuk menghasilkan kek ini tambahan pula dalam kuantiti yang agak banyak. Jangkaan saya dapat menyiapkan kek dalam waktu yang singkat ternyata meleset sama sekali. Kesudahannya, saya hanya dapat tidur satu setengah jam sahaja bagi memastikan tempahan dapat disiapkan tepat pada waktunya. Tak dapat saya bayangkan bagaimana bakers yang pernah menerima tempahan beribu ribu........huhuhu......mau pengsaaannnnn dibuatnya, Semestinya orang itu seorang yang sangat kental semangatnya.
Bagi setiap lapisan warna warna pelangi, kerja memaip adunan mesti dibuat dengan cermat, berhati hati dan teliti. Pergerakkan kedua dua belah tangan harus dijaga bagi memastikan lapisan yang dihasilkan kemas, cantik dan tidak comot di sana sini.
Selepas ditaburkan sprinkles, riben beserta sudu perlu diikat dengan kemas dan sebaik mungkin. Hubby tolong saya ikatkan riben, thank you so much dear.
Buat anak Hanim, semuga membesar menjadi anak yang soleh/solehah, mendapat rahmat dan kasih sayang ALLAH, serta berjaya hidup dunia serta akhirat, amin.....
Taburan manik bewarna warni ataupun sprinkles ini saya lakukan di saat akhir sebelum sessi pembungkusan bagi memastikan warnanya tidak cepat luntur dan mencacatkan rupa kek.
Di samping kek pelangi dalam balang, Hanim juga menempah 100 biji strawberry dan blueberry tart.
Jangan bimbang tentang kualiti dan penjagaan kek ini kerana di deWattiesDelight, kami menyediakan chiller bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan terjamin dan tahan lama.
Saya menerima sms feedback daripada Hanim berbunyi begini :-
Alhamdulillah, sedap n ramai puji ckp sedap n cantik Kak Wattie buat tu, tmbh2 bila kek tu dah lama sikit rasa dia lagi moist n lembut bila dah mix dgn cream, tq kak. Nanti insyaALLAH saya order lagi utk apa2 event lg ya.
Terimakasih banyak diucapkan buat Hanim yang telah memberikan saya sepenuh kepercayaan bagi menghasilkan doorgift ini. Terima kasih juga di atas komen yang sungguh menyentuh hati kecil saya, alhamdulillah, syukur sesangat kerana apa yang dihasilkan dapat memuaskan hati pelanggan. Sesungguhnya segala yang baik itu hanya daripadaNYA.
InsyaALLAH, ada rezeki dapat kita berurusan lagi.
No comments:
Post a Comment