Thursday, September 26, 2013

Kek Lapis Cheese Pesona dan Snowy Cheese Cake Jafizah


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tempahan Jafizah, Bomba Prai sempena hari lahir 2 orang rakan sepejabat.






Happy Belated Birthday Zaidi


Happy Birthday Ummi







Terimakasih banyak diucapkan buat Jafizah kerana selalu membuat tempahan dari deWattiesDelight.   Sebarang kekurangan harap dimaafkan.






Tuesday, September 24, 2013

2nd Barbie Doll Cake Nur Izz Zara Damisya


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Ini adalah tempahan kek anak patung barbie yang kedua saya terima lanjutan dari kek barbie yang pertama beberapa minggu yang lepas,  alhamdulillah......  Saya buatkan untuk En Saiful, rakan setugas Mr Hubby sempena menyambut hari lahir  anaknya yang berusia setahun.


Memandangkan En Saiful menginginkan warna pink dan putih sebagai tema warna baju barbie, maka untuk dekorasi kali ini saya menggunakan buttercream dan sedikit manik.  Bolehlah bermain main dengan warna.

\
Idea rekaan baju barbie ini saya perolehi setelah melayari beberapa laman  youtube dan mempelajarinya secara online.  Hasilnya tidaklah secantik seperti yang dipamerkan di youtube, maklumlah pendeko amatur......apa apapun saya agak berpuashati dengan hasilannya.....insyaAllah akan diperbaiki dari masa ke semasa, itupun kalau ada tempahan lagi hahaha....



Mari kita tengok pandangan dari sebelah sisi baju barbie, saya buatkan ropol ropol kecil dan besar beserta beberapa kuntum bunga beserta dedaun. 



Kali ni terjumpa anak patung comel yang telah siap didandan setelah menerjah ke beberapa kedai bakeri tetapi harganya agak mahal sedikit.  


Pandanglah.......   lihatlah......


Berat kek ini ialah  2.1kg.


Mari kita tengok dengan lebih dekat, zoooooommmmmm



Kepada yang ingin mencuba dekorasi seperti ini,  saya letakkan di sini beberapa nozel berbeza yang saya gunakan.  Nozel no 128 untuk ropol besar di keliling belakang dan bahagian bawah baju, nozel 104 untuk ropol kecil,  juga nozel 104 untuk bunga rose yg sederhana besar dan putiknya, no 67 untuk daun, no 18 untuk corak bahagian dalam baju dan no 2 untuk garisan kecil.


Happy Birthday Nur Izz Zara Damisya, semuga membesar menjadi anak yang solehah, penyejuk hati ayah dan bonda, amin.


Pandangan dari belakang.


Pandangan dari atas.


Inilah rupa kek coklat lembab yang saya buatkan untuk kek barbie kali ini.   Lepas masak terbalikkan di atas redai  sehingga kek benar benar sejuk, barulah boleh dideko, kalau tak, buttercream akan mencair.  Tekstur kek ini  lembut, lembab dan tidak terlalu manis,  yang sedang, sedang sajaaa..........ahakssss....


Memandangkan saya tak punya acuan khusus untuk kek barbie, maka saya mendapat idea menggunakan acuan  seperti di atas dengan saiz yang berbeza bagi mendapatkan bentuk baju sebagaimana yang diinginkan.  Masa yang diambil untuk kek ini masak agak lama lebih kurang 1 1/2jam memandangkan bentuk loyang yang agak dalam dan mengecil di bahagian bawah.


Taraaaa.....lekatkannya dengan sedikit sapuan buttercream.


Terimakasih banyak di ucapkan buat Saiful dan isteri kerana sudi menempah.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Friday, September 20, 2013

Chocolate Moist Cake with Cheese Layer, plus fresh strawberries

'


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tempahan Ida dari DynaGroup sempena hari lahir bossnya, Lynn Ooi.  





Happy Birthday Lynn!!!

'


Terimakasih banyak di atas tempahan ini dan yang sebelumnya.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Wednesday, September 18, 2013

Strawberry n Blueberry Crepes, peach cream cake Mr Hubby


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Crepe ku kembali lagiiiiiii...  Dessert yang masih mendapat sambutan hangat.  Tapi kali ni bukan durian ya, kali ni  saya buatkan filingnya strawberry dan blueberry.  


Crepes ini saya buatkan untuk hubby bawa ke ofis bersempena  jamuan makan hari raya yang lepas

Selain crepe, saya juga buatkan peach cream cake yang saya potong siap siap, senang nak makan nanti, dan juga apam mekar.








Tuesday, September 17, 2013

Kek Karamel dan Apam LadyBird Merekah Ida, DynaGroup



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tempahan daripada Ida, DynaGroup untuk makan makan kat ofis.



Caramel terhangus sikit, sikit jer......hehehe



Apamku merekah lagiiiiii.......huhuhu.   Syukur juga dah diberitahu pada Ida masa mula mula nak order sbb apam akak selalu terjadi apam mekar.  Kata Ida, mekar pun mekar la, janji comel, hehehe.


Komen feedback daripada Ida,

Salam kak, Tq, sedap kek karamel.  Ada yang dah tanya nak make order lagi, apam pun sedap.....

Alhamdulillah, terimakasih banyak Ida kerana sudi menempah daripada akak.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.