Sunday, September 1, 2013

Kek Pelangi Dalam Balang tempahan Niza, Bandar Perda


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Agak lama juga blog ini tidak dikemaskini, hampir 4 bulan lamanya.   Saya juga tidak mengambil sebarang tempahan di sepanjang tempoh tersebut disebabkan perkara perkara yang tidak dapat dielakkan.  Maaf  diucapkan kepada semua pelanggan yang telah sudi menelefon dan sms ingin membuat tempahan di dalam jangkawaktu tersebut.

Di kesempatan ini,  masih belum terlewat rasanya  untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.


Hanya seminggu selepas hari raya, barulah saya kembali mengambil tempahan.   .   


Blog deWattiesDelight telah kembali beroperasi seperti sediakala mulai September 2013, dimana gambar gambar yang lalu sedang dan akan dimuat turun secepat yang mungkin, insyaALLAH.  Maaf kalau ada yang masih menunggu nunggu kemunculan haril dari tempahan mereka.


Hari ini, mari kita lihat hasil dari tempahan yang lalu.  Rainbow Cake In Jar tempahan Niza untuk makan makan bersama keluarga.







Idea posing kek seperti ini diberikan oleh Mr Hubby.




Terimakasih banyak di atas tempahan ini.

No comments:

Post a Comment