Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ini semua tempahan daripada Jafizah, Kepala Batas sempena hari lahir 2 orang anaknya, iaitu anak yang kedua dan yang keempat.
Kebetulan mertua datang sekali, jadi Jafizah tempah untuk makan makan bersama keluarga.
Antara yang ditempah oleh Fizah adalah kek karamel, apam lady bird dan cream puff.
Saya sangat sukakan suasana yang sebegini. Berkumpul beramai ramai bersama famili sambil menikmati hidangan. Selain dapat menjamu selera, berbual bual, bergurau senda sekaligus mengeratkan ikatan kekeluargaan.
Apam yang mengmbil masa paling lama untuk dibuat. Syukur 50 bijik saja, kalau lebih, gua angkat bendera putih naaa. Selalu bila buat apam ni mesti terdetik dalam hati kata lagu ni, "lain kali tak mau buat dah apam ni", tapi.................keh keh keh...... tup tup nampak balik rupa apam ni dalam blog.
Kita mekap sikit kek karamel ni bagi nampak macam birthday cake.
Selamat hari lahir diucapkan buat Nazif dan Hana, semuga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, penyejuk hati ayah dan bonda, serta mendapat rahmat dan kasih sayang Allah senantiasa, amin.
Terimakasih banyak diucapkan di atas sokongan yang berterusan.
Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
No comments:
Post a Comment