Wednesday, March 20, 2013

Fruit Tartlet / Tat Buah Buahan dan Tat Keju Blueberi Fatimah


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Ini pula fruit tartlet / tat buah buahan dan blueberry cheese tart tempahan Fatimah dari Kampung Pertama untuk makan makan bersama keluarga.  Fatimah telah beberapa kali menempah dari saya.


Tat dibezakan oleh intinya.


Tat buah-buahan mempunyai tiga lapisan semuanya ya.  Bahagian pertama adalah asas  pastri yang rangup,  yang lebih dikenali sebagai cengkerang.  Lapisan kedua pula adalah inti krim  kastard yang manis.  Dan lapisan terakhir adalah buah-buahan yang disusun atas inti krim kastard manis .  



Buah-buahan yang segar dan berwarna warni  digunakan agar tat buah buahan kelihatan lebih menarik.



Ini pula sms feedback yang saya terima daripada Fatimah  :-
Assalam.  kak, tart sedap.  
Berikutnya..... ada tempahan terbaru daripada Fatimah.  Tunggu........









Tat Keju Blueberi.




Selalunya ada lebihan pastri yang rangup,  juga krim kastard manis yang lemak menggamit selera,  Jadi, untuk tidak menghampakan keinginan di hati,  saya letakkan sebiji buah strawberi di atasnya dengan sedikit glaze bagi mengilatkannya.  


Opppsss, tungguuuu....... semestinya si jurugambar ingin merakamkan hasilannya untuk hari ini.  Selesai  potret tat dirakamkan.

Dan......nah,  apa ditunggu lagi,    tekak si pembuat tat tidak sabar sabar untuk menikmatinya,  hmmmmm yummmyyyy....


Terimakasih di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Monday, March 18, 2013

Kek Baldu Merah Dalam Balang Zalifah


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tempahan Zalifah dari Tikam Batu, Kedah, jauh nun...........


Kek ni sempena pertunangan Zalifah.






10 balang kesemuanya.


Selamat melangsungkan hari pertunangan diucapkan buat Zalifah dn pasangannya.  Semuga bahagia hingga ke syurga, amin.




Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  

Saturday, March 16, 2013

Happy Birthday Chaq, We Luv U


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tempahan Siti Susi sempena hari lahir Chaq.


Happy Birthday Chaq, semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.



Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Tuesday, March 12, 2013

Butterfly Garden Rainbow Cake Nurin Sufiyyah


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Seperti yang saya sebutkan pada n3 yang lepas, hari ini saya paparkan lagi satu kek pelangi yang ditempah oleh Yazmin, Autocity.


Yazmin minta saya buatkan design yang ada bunga dan rama rama sebagai memenuhi permintaan anakanda tersayang, Nurin Sufiyyah.


Mula mula gelabah juga sebab saya sangat jarang menghasilkan kek yang bertema.  Namun, saya tetap terima tempahan ini untuk mencabar diri dan kreativiti saya. 


Saya buatkan taman rama rama, ada daun daun hijau, rumput,  bunga bungaan dan rama rama.  



Jadi, beginilah hasil kejadiannya.  Alhamdulillah, bagi saya yang agak baru berjinak dalam dunia dekorasi,  hasilan yang seperti ini sudah cukup membahagiakan jiwa saya.  Harapan saya Yazmin dan Nurin turut menyukainya.


Rama rama kecil ini saya bentuk menggunakan adunan fondant.




Dua biji kek pelangi.   Satu untuk Nurin dan satu lagi untuk Voon.  


Kek diambil oleh Yazmin dan suami  sewaktu lunch break untuk dibawa kepada anakanda yang berada di transit Graduan Kecil Taman Pauh.  Tak sangka dekat sangat dengan rumah kita, hehehe

Selamat Hari Lahir diucapkan buat Nurin Sufiyyah, semuga menjadi anak yang solehah, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan hidup diberkati senantiasa, amin.



Terimakasih banyak diucapkan buat Yazmin yang telah sudi menempah, sekaligus memberikan peluang kepada saya untuk berimaginasi demi merealisasikan kek kek idamannya.


Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Monday, March 11, 2013

Color NeckTie Rainbow Cake for Voon's Birthday


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Rainbow Cake tempahan Yazmin, Autocity.


 Yazmin menempah 2 biji Rainbow Cakes.  Satu untuk dibawa ke tempat kerja dan satu lagi untuk dibawa ke tadika anak beliau ditransitkan. 


Tapi, disebabkan banyak gambar yang diambil, jadi saya buatkan n3 yang berasingan bagi tiap tiap kek.


Nak tunjuk juga warna warna pelangi di bahagian dalam kek sebelum dimekap.


Yazmin minta saya buatkan design kolar baju beserta tali leher  bewarna "pink" untuk kek hari lahir Voon.




Happy BIrthday Voon, May God Bless U Alwayssss....



Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.