Sunday, September 14, 2014

Cupcake Basket dan Kek Hantaran Hafiz


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tadaaaaa.......my first Cupcake Basket.    Kek dalam bakul la pulak hehehe.  Sekali sekala apa salahnya mencabar diri melakukan sesuatu yang barukan.

Kek kek ini ditempah oleh kakakku untuk dijadikan hantaran sempena hari pertunangan anak keduanya, Muhammad Hafiz.   Masa mula mula kakak menyebut nak letak kek dalam raga, saya dah ragu ragu, macamana tu nak susun kek yang berkrim dalam raga, rasa macam tak konfiden pulak sebab tak pernah buat lagi.   Jadi saya tak janji apa apa,  saya cuma kata nak letak  dalam kotak bertingkap aja.


Warna tema, biru dan putih.  Jadi, inilah hasilannya,  nampak macam serba kekuranganla pulak.  Cupcake ni siap malam, nak post lebih lebih pun tak boleh sebab gambar semua jadi tak jelas, tak sharp,   tak puashati pula rasanya.   Tapikan,    alhamdulillah, feedback daripada kakak dan adik beradik yang lain tidak menghampakan saya, heheheh, lega rasa hati.

Haaaa, yang ni siap awai, siang siang dah boleh amik gambar, jadi terang sikit kejadiannya.

Selamat bertunang diucapkan kepada Muhd Hafiz Dan Mira. Semuga bahagia hingga ke syurga, amin.
Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.






























No comments:

Post a Comment