Monday, September 22, 2014

Sunday, September 21, 2014

Door gift Mini Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum Dan salam sejahtera semua, 
Tempahan Nurul Liana Dari Bukit Mertajam untuk dijadikan door gift pada majlis aqiqah.

Terlambat pulak mengupdate sbb lappy masuk workshop sampai hr ni tak siap lg.  Maklumlah cuti sekolah, jd ramailah tangan2 yg mengerjakannya sampai sakit dibuatnya, he he he.
Jadi sy update melalui hphone saja.  Siap nanti, in sha Allah edit mana yg patut.




Komen Nurul :-

Assalamualaikum kak..nurul nk ucapkn terima kasih byk2..ramai kta mcb akak sdap..ada rzki nnt nurul oder kt akak lg yer..

Wsalam. Alhamdulillah, syukur. Tkasih byk Nurul, seronok rasa hati akak mendengarnya. In sha Allah, ada rezeki boleh kita berurusan lg,:-)

Sunday, September 14, 2014

Cupcake Basket dan Kek Hantaran Hafiz


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tadaaaaa.......my first Cupcake Basket.    Kek dalam bakul la pulak hehehe.  Sekali sekala apa salahnya mencabar diri melakukan sesuatu yang barukan.

Kek kek ini ditempah oleh kakakku untuk dijadikan hantaran sempena hari pertunangan anak keduanya, Muhammad Hafiz.   Masa mula mula kakak menyebut nak letak kek dalam raga, saya dah ragu ragu, macamana tu nak susun kek yang berkrim dalam raga, rasa macam tak konfiden pulak sebab tak pernah buat lagi.   Jadi saya tak janji apa apa,  saya cuma kata nak letak  dalam kotak bertingkap aja.


Warna tema, biru dan putih.  Jadi, inilah hasilannya,  nampak macam serba kekuranganla pulak.  Cupcake ni siap malam, nak post lebih lebih pun tak boleh sebab gambar semua jadi tak jelas, tak sharp,   tak puashati pula rasanya.   Tapikan,    alhamdulillah, feedback daripada kakak dan adik beradik yang lain tidak menghampakan saya, heheheh, lega rasa hati.

Haaaa, yang ni siap awai, siang siang dah boleh amik gambar, jadi terang sikit kejadiannya.

Selamat bertunang diucapkan kepada Muhd Hafiz Dan Mira. Semuga bahagia hingga ke syurga, amin.
Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.






























Friday, September 12, 2014

Pavlova Dealovaaaaa


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tempahan Sally untuk si manis Deanah Athirah Ainaa.  Nak makan makan sendiri aja katanya.


\
Sorry dear, lama sangat tunggu giliran baru dapat.  Sebenarnya Acik terlupa langsung.....heheheh.

Terimakasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangn harap dimaaf

Wednesday, September 10, 2014

Kek Karamel, Krim Puff Berkrim Kastad dan Apam LadyBird Jafizah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ini semua tempahan daripada Jafizah, Kepala Batas sempena hari lahir 2 orang anaknya, iaitu anak yang kedua dan yang keempat.  
Kebetulan mertua datang sekali, jadi Jafizah tempah untuk makan makan bersama keluarga.

Antara yang ditempah oleh Fizah adalah kek karamel, apam lady bird dan cream puff.

Saya sangat sukakan suasana yang sebegini.  Berkumpul beramai ramai bersama famili sambil menikmati hidangan.  Selain dapat menjamu selera, berbual bual, bergurau senda sekaligus  mengeratkan ikatan kekeluargaan.





Apam yang mengmbil masa paling lama untuk dibuat.  Syukur 50 bijik saja, kalau lebih, gua angkat bendera putih naaa.   Selalu bila buat apam ni mesti terdetik dalam hati kata lagu ni,   "lain kali tak mau buat dah apam ni",  tapi.................keh keh keh...... tup tup nampak balik rupa apam ni dalam blog.


Kita mekap sikit kek karamel ni bagi nampak macam birthday cake.

Selamat hari lahir diucapkan buat Nazif dan Hana, semuga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah,  penyejuk hati ayah dan bonda, serta mendapat rahmat dan kasih sayang Allah senantiasa, amin.

Terimakasih banyak diucapkan di atas sokongan yang berterusan.  
Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Saturday, September 6, 2014

Pulut Kuning Hantaran, RedVelvet Cupcakes & Chocolate Moist Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Repeat order daripada Pn Jarinah.  Tempahan dibuat untuk makan makan bersama keluarga pada Hari Merdeka,  31hb Ogos yang lepas, sehari selepas majlis perkahwinan anak beliau.


Pn Jarinah menempah, pulut kuning berhias, kek cawan baldu merah dan juga kek coklat lembab.













Terimakasih banyak diatas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.



Tuesday, September 2, 2014

Snow Cheese Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek cheese bersalji tempahan kawan Mr Hubby, En Sulhi sempena hari lahir anaknya.

Selamat hari lahir diucapkan, semuga menjadi anak yang solehah, amin

\
Terimakasih banyak diucapkan.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
\