Sunday, December 30, 2012

DoorGift Kek Coklat Kukus Lembab / Steamed Moist Chocolate Cake DoofGift



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

 First time buat doorgift yang banyak macam gini, kira projek megalah bagi kita. Tempahan datangnya daripada Muhammad Amin dan Roslaini Hayati dari Gelugur, Pulau Pinang sempena hari bahagia mereka pada 23hb Disember yang lepas.






Sebenarnya sebulan setengah sebelum majlis perkahwinan, Naniee ada bertanya samada saya boleh membuat kek coklat kukus cenderahati macam ni, siap hantar gambar lagi.  Nampak macam senang dan insyaAllah saya yakin boleh dibuat. Jadi, kita pun cuba, try, testla apa apa yang patut. Apa apapun kena dicuba, tak gitu, kalau tak macam mana kita nak tahu kemampuan dan kebolehan kita yang terpendam itewwww.

Terimakasih juga kerana membuat tempahan awal.   Tempahan awal tidak bermaksud tempahan disiapkan terlalu awal sebelum waktunya ya.  Ini cuma untuk memudahkan kerja kita menyiapkan segala keperluan yang patut, sempatla nak campur tolak, kali bahagi apa apa yang hendak dibeli, kat mana nak dicari, kalau takder stok sempatla nak order, kalau tempahan last minute, takut barang tak adala pulak.  


Selepas berganding bahu tanpa henti, alhamdulillah kek ini dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Terimakasih Ya Allah kerana telah mempermudahkan segala urusanku.



800 biji kek kukus coklat kukus dalam cawan sebagai doorgift dan juga salah satu snack untuk candy buttef.


Dengan sticker khas "Terima Kasih" dilekatkan atas permintaan.


Kek Coklat Lembab yang dikukus di dalam bekas tahan panas,


dilimpahi dengan ganache (coklat cair) 


serta taburan coklat urai menjadikan kek ini begitu istimewa sebagai cenderahati buat semua  tetamu yang hadir.


Tangan siapakah itewwww???, cer teka??? hehehe. Semestinya tangan pembantu peribadaiku, siapa lagi kalau tak Mr Hubby yang sungguh setia di dapur membantuku tanpa jemu serta sepasang lagi tangan yang sekejap ada sekejap tiada, macam biskut juga, anakku Amin Fayyadh.  Terimakasih bebanyak kepada mereka kerana sudi membantuku, tanpa mereka apalah dayaku, muaaahhhhh, lap uolsss.



Selamat Pengantin Baru diucapkan buat Amin dan Naniee, semuga kalian berdua bahagia hingga ke syurga, amin.


Last but not least, sessi pembungkusan.  Kek kek cawan yang telah siap dimasukkan ke dalam kartun sebelum  dieksport ke......jeng, jeng, jeng......seberang jambatan Pulau Pinang jer, hehehe, Penang ler mana lagi, atau orang utagha pangge Tanjung.  Pi mai, pi mai tang tu....


Terimakasih banyak diucapkan diatas kepercayaan yang telah diberikan untuk menghasilkan doorgift ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Saturday, December 29, 2012

Durian Crepe tempahan Kak Ros

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, 

 Durian Crepe tempahan Kak Ros, Telekom Sbg Jaya dengan teman teman sepejabat. Sampai tak ingat dah ini kali keberapa Kak Ros menempah durian crepe ni. Kata Kak Ros, Wattie bubuh ganja ka dalam crepe ini sampai semua orang ketagih, hehehe.




Malangnya ada juga tempahan Kak Ros yang tak dapat saya penuhi disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan. Minta maaf banyak banyak ya Kak Ros, harap Kak Ros tak kecik hati ya.



Terimakasih banyak semuanya diatas tempahan ini, sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Thursday, December 27, 2012

Kek Pisang Coklat Urai berbadam tempahan Hj Yushri


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, 

 10 biji Chocolate Rice Banana Cake ini ditempah oleh CEO merangakap boss Mr hubby, Hj Yushri. Nak dibawa balik kampung katanya. Nama pun cuti sekolahkan, semua pakat pakat balik kampung lah kan. Kek tanpa krim macam ni memang sesuai sesangat dibawa sebagai buah tangan untuk orang tua tua kan. Eeeeehhhh, apa pulak orang tua, orang muda pun suka aihhhh.....



Macam biasalah loyang terhad,jadi terpaksalah bakar separuh guna loyang bujur dan separuh lagi guna loyang segiempat tepat.


Sebelum ni pun Hj Yushri dah pernah menempah 10biji juga untuk diagihkan pada jiran jiran. Untung sapa dapat jiran macam Hj Yusri, mudah mudahan murah rezeki dia. Anak anak dan isterinya pun suka sangat dengan kek ni.


Posing.....jangan tak posing.........


Mai tengok yang segiempat tepat pulak. Loyang ni bila bakaq dia terlebih rangup la pulak, tapi rangup diluar, lembut di dalam tau...



Zoooommmmm, tengok biar puashati....



Macam macam ada dalam kek ini. Bila nama dia kek pisang, mestila ada pisangkan, lepas tu kita tambahla pulak coklat urai luar dan dalam dan nak bagi dia wangi sikit, kita tabur pulak badam hiris. Bila siap dibakar, walllahhhhh.....wangiiiii


Kat pasaraya ka, kat kedai ka, takdak jual tau kek pisang macam ni....kalau tak percaya pi 
cari....hehehe  (opsss betoi ka ni)


Sebelum letak penutup, kita ambik gambaq dulu banyak banyak.


Lepas tu baru tutup seadanya......selamatla dari abuk abuk dan serangga serangga yang tidak diundangkan...


Terimakasih banyak di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Wednesday, December 26, 2012

Chocolate, Blueberry & Strawberry Cheese Tart tempahan Yatie, Kulim


Chocolate Cheese Tart yang montoksss...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
 Cheese tart campuran tempahan Yatie dari Kulim untuk makan makan bersama famili.


Freshly baked from the oven....


Blueberry Cheese Tart.


Chocolate, Blueberry dan Strawberry Cheese Tart.


Yatie datang bersama sama hubby dan anak anak untuk pick up cheese tart.  Sharp!!!, memang Yatie datang tepat pada waktunya, akak sukerrrrr......



Sehari selepas makan tart, saya terima sms dari Yatie berbunyi begini  :-
"Salam kak, semua orang puji, cheesetart akak sedap, tq ye."   
Alhamdulillah, terimakasih banyak Yatie di atas komenmu yang menyengat, hehehe.





Terimakasih banyak diucapkan di atas tempahan ini.  
Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Tuesday, December 25, 2012

Durian Crepe Faezah Tmn Sutera Prima dan Salmi KL


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, 
 Durian crepe tempahan Faezah, Taman Sutera Prima dan Salmi dari KL yang balik ke Penang.





Terimakasih banyak di atas tempahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.