Monday, December 3, 2012

Amukkan Durian Crepe di Pulau Pinang


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

 Durian Crepe mengamuk sakan di Pulau Pinang.  Sekejap sekejap telefon berbunyi, ada saja sms dan  panggilan telefon bertanyakan tentang crepe ini sehingga membawa ke malam hari, huhuhu.    Memang benarlah seperti yang didengari, permintaan durian crepe sangat tinggi, mengalahkan kek kek continental hahaha.    Sesiapa yang mengambil tempahan durian crepe pasti huru hara dapur  jadinya......kik kik kik.

Jadinya,  aktiviti saya sepanjang minggu ini adalah melenggang crepe sebagai memenuhi tempahan yang datang tanpa henti. alhamdulilah, rezeki yang tidak disangka-sangka.....




Tempahan kali ini datangnya dari Rosnah dan Azie dari Telekom Seberang Jaya. Azie yang mengandung mengidam nak makan crepe nampaknya. Selepas makan saya dapat sms daripada Azie berbunyi begini :- "Ya rabbi kak, sedapnya, padat, thanks kak, boleh rekomen kat kawan2". Tergelak saya membacanya, terima kasih Azie.


Repeat order dari Mastura, Eon Credit bagi pihak rakan rakan ofisnya.  Mastura tempah sampai 8 pek.  Apalah agaknya yang diceritakan dek Mastura pada teman2nya hehehe.  Anyway, suka tengok Mastura yang sentiasa ceria, lawak pun ada,  membuatkan semua orang terasa bahagia, ahakssss....




Dan yang terakhir, Azieyati dari Pulau Pinang. Sebenarnya Yati sms bertanyakan samada saya ada stok durian crepe atau tak, teringin sangat nak makan katanya. Kebetulan pula hari tu saya ada terlebih buat beberapa pek, kira rezeki Yati la tu. Sian kat hubby Yati dah malam dan hujan pulak tu sampai basah kuyup kata Yati, lepas tu balik rumah ibu tukar baju dan ambil kereta datang ke rumah saya untuk mendapatkan crepe ini. Berbahagialah Yati dapat suami mithali macam ni, hehehe. Alhamdulillah, dapat juga menunaikan hasrat seorang lagi ibu mengandung yang mengidam untuk merasa crepe durian ini.




Terima kasih banyak kepada semua yang telah sudi menempah, sebarang kekurangan harap dimaafkan.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete