Wednesday, December 12, 2012

Claypot Chicken Briyani and Snowy Cheese Cake En Syahril Anuar


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Agak terlewat meletakkan n3 ni disebabkan komitmen tempahan yang datang tanpa henti, ditambah pula dengan kelajuan internet yang terlalulah slow.

 Claypot Chicken Briyani dan Snowy Cheese Cake tempahan Pn Haslina dari Kelantan sempena hari lahir suaminya En Syahril Anuar.


Yang ni adalah gandingan nasi briyani, tak sempat pulak nak ambil gambar. Kalau tak silap saya macam kuah dhal. Masa kami ke sana nak pick up nasi ni, mamak tengah sibuk packing nasi, kenalah tunggu sekejap, nasinya panas2 sebab baru dimasak, baunya mak aiiiiii......harum semerbak, tiba tiba kita yang menunggu ni pulak jadi lapar.   Saya selalu juga makan kat sana tapi selalu pekena roti naan tandoori jer, memang sedap sangat. 

 Oppss, jangan pulak selepas ini nanti ada yang sms/telefon nak order nasi briyani ayam macam ni  kat saya yer, hehehe. Yang ni bukan produk saya yer, yang ni produk Restoren Kapitan, Bandar Perda, Seberang Perai. Sebenarnya Pn Haslina menelefon nun jauh dari Kelantan bertanyakan samada saya boleh masakkan sesuatu seperti mee atau nasi beserta dengan kek sempena hari lahir suaminya. Hmmmm, teragak2 juga saya nak menerima tempahan seperti ini. Akhirnya, Pn Haslina minta tolong saya beli dan hantarkan nasi briyani ni bersekali dengan kek tempahan ke pejabat suaminya yang terletak berhampiran Carrefour Seberang Jaya. Setelah berbincang dengan hubby, hubby setuju temankan saya menghantar tempahan ini. Hubby saya ni, kalau bab bab nak membahagiakan hati orang lain memang no 1 lah dia hehehe, thank you so much dear...


Packing pun cantikkan.
Dua, tiga kali jugaklah kami meronda di sekitar pejabat pejabat di sana. Turun kereta dan bertanya orang orang di pejabat berhampiran, barulah dapat bayang bayang sikit. Kita asyikla memandang papantanda kat atas, rupanya papantanda takda, sebaliknya nama syarikat dicatatkan kat pintu depan pejabat jer, kecik pulak tu huhuhu. Alhamdulillah, kek dan briyani dapat dihantar dengan selamatnya kepada En Syahril. Serius nampak orangnya, tapi sapa tahukan dalam hati ada taman....ahaksss.....


Kalaulah ada staff restoren kapitan bandar Perda yang terbaca n3 ni, nak juga kita tanya ada komisen ker ni mamak saya tolong promote restoren mamak ni keh keh keh.   Ni antara menu yang disajikan.  Kalau nak tahu kenalah pi sendiri ya.


Yang ni barulah produk deWattiesDelight yer, snowy cheese cake.



Happy Birthday Abang, I Luv U ucapan seorang isteri buat suami tersayang. Meremang bulu roma saya membaca ayat ni, hehehe. Sekaligus terbayang, kalaula saya tulis kat hubby saya macam ni, tak taulah camana reaksinya.....


Selamat hari lahir diucapkan buat En Syahril, semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki, amin.



Macam biasalah, amik gambar mesti banyak, semua angle nak tangkap, hehehe


Terimakasih banyak diucapkan buat Pn Haslina kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk merealisasikan impian beliau yang ingin membahagiakan insan tersayang. Sungguh mudah berurusan dengan beliau. Sebarang kekurangkan haraplah dimaafkan.

No comments:

Post a Comment