Tuesday, December 11, 2012

Durian Crepe Fadhil. Aziah dan Etty


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
 Durian Crepe again.......


Kali ini ditempah pula oleh Aziah dari Seberang Jaya, kawan mr hubby, En Fadhil. Tak lupa juga Etty yang dok setaman dengan kita yang menelefon bertanyakan jika ada stok ke tidak, teringin benar nak merasa, hehehe. Inilah dia penangan durian crepe, habis semua orang jadi termengidam....


Walaupun ada juga seorang dua insan yang menempah tetapi tidak datang mengambil tempahan malahan ada yang membatalkan tempahan di saat saat akhir pabila semua barang2 telah dibeli, tetapi alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah yang senantiasa menyebelahi saya.  Sesungguhnya doa orang orang yang teraniaya amat cepat dimakbulkan olehNYA.   Akan ada sahaja insan lain yang bertanyakan mengenai crepe ini.   Saya redha dengan segala yang berlaku andainya ini dugaan yang perlu dihadapi dalam bidang yang saya ceburi ini.  Semuga Allah senantiasa memberikan petunjuk dan hidayah kepada insan insan seperti ini.



Terimakasih kepada semuanya yang telah sudi menempah. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

No comments:

Post a Comment