Monday, February 10, 2014

Kek Cheese/Keju Meleleh Rashidah, Taman Alma, Bukit Mertajam



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek yang sentiasa mendapat sambutan dari penggemar kek berkeju,  Itulah dia rupanya kek cheese/keju meleleh  yang dibuat dalam bentuk sehiji kek.   Apabila dibuat dalam bentuk kek, krimnya tak bolehla dibuat terlalu meleleh, takut nanti kesemua parutan cheese yang meliputi kek  menjunam ke bawah sekaligus mencacatkan rupa kek, heheheh.



Kek ini ditempah oleh Rashidah dari Taman Alma, Bukit Mertajam.  Rashidah dan kakak iparnya yang bertugas di Putrajaya pulang semasa bercuti tahun baru cina baru baru ini dan menempah kek ini untuk makan makan bersama keluarga.   Tak sangka pula saya ramai juga warga Pulau Pinang yang berhijrah ke Kay Ell ya.  Apa apapun semuga anda semua sukses selalu di dalam apa jua bidang kerjaya, amin.



Selang sehari lepas makan kek, saya terima sms daripada Rashidah berbunyi begini :

Assalam... kak, saja sms nak bagi tau,  kek kak sedap sangat.  Lain kali saya nak order lg bila saya balik kg di BM, tqvm.

Alhamdulillah, terimakasih banyak diucapkan di atas feedback yang diberikan.  Hanya dengan izinNYA lah  memungkinkan segalanya.  In sha Allah, jika ada rezeki boleh kita berurusan lagi dan terimakasih juga kerana telah sudi menempah.





No comments:

Post a Comment