Monday, February 17, 2014

Rainbow Cake, Apam LadyBird dan Apam PolkaDot Ainnur Izz Zahra



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tempahan Irah, Taman Pauh Jaya sempena setahun hari lahir anaknya.   Kata orang,  Taman Pauh Jaya ni tempat tinggalnya orang orang yang berjaya, heheheh, betoi ka ni.   Saya pun dok Taman Pauh Jaya jugak tau, teringin juga nak rasa glamer orang orang yang dah berjaya, heheheh.


Warna tema untuk kek yang ditempah adalah warna pink.


Assalamualaikum kawan kawan, nama saya Ainnur Izz Zahra.  Umur saya 1 tahun.  Hari ini hari lahir saya.  Saya suka warna pink, sebab tu baju saya warna  pink.  Kek yang ibu  tempahkan pun  warnanya pink juga, hehehe, ibu memang ibu yang terbaeekkk, muahhhh,  sayang ibu.  Saya sayang ayah juga, saya sayang kedua duanya.  Bertuahnya saya dapat ibu dan ayah yang sangat menyayangi saya.  Lihatlah di sekeliling saya, semuanya dipenuhi dengan kasih dan sayang ibu serta ayah.


Kawan kawan nak tau tak,  nama kek ini kek pelangi (rainbow cake), ada macam macam  warna pelangi kat dalamnya.  Jom ramai ramai kita makan kek, tapi sebelum makan kenala baca doa dulu ya.....




Disamping kek pelangi, Irah juga menempah apam polkadot dan apam ladybird.




Selamat Hari Lahir diucapkan buat Ainnur Izz Zahra, semuga membesar menjadi anak yang solehah, dilimpahi kasih dan sayang Allah senantiasa, amin.















Macam biasalah, jari jemari kasarku ini suka mencuba sesuatu yang baru, google dalam internet cara cara nak menghasilkan figurine.  Terhasillah anak patung kecik kat atas ni.  



Pakai stokin uuuu,  terlebih teballa pulak,  kasut pun terlebih merelit, macam baru dipolishla pulak.


Rambut aja yang agak kusut masai sikit sebab mengulit pakai jari jer, takda acuan khusus untuk membuat rambut.




Apam Ladybird pun saya buatkan kaler pink.



Payah oooiiii nak buat apam ni, kalau ditempah beratus ratus atau beribu ribu lemon, saya surrender awai awai na, byk sgt masa yang diambil untuk melukis apam ni.  Bila mengukus pulak, dalam hati berdebar debar menunggu jadi ke tak apamku kali ni,


Kalau jadi macam ni, alhamdulillah syukur.   Kalau tak jadi, alamat meraungla aku dalam hati.








Ni sms feedback yang saya terima daripada Irah keesokannya harinya  :-

Kak, Tq, kek n apom.... dua dua sedap.  Nti leh order yg lain plak....

Alhamdulillah, terima kasih banyak di atas feedback yang diberikan.  Hanya dengan izinNYA memungkinkan segalanya terjadi.   In sha ALLAH, ada rezeki boleh kita berurusan lagi.



Terimakasih banyak diucapkan diatas tempahan ini.  Sebarang kekurangan haraplah dimaafkan.

No comments:

Post a Comment