Friday, February 7, 2014

Kek Pelangi, Makaroni Bakar dan Apam LadyBird Mekar Afrohah, Putrajaya



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Inilah kesemua tempahan Afrohah dari Putrajaya sebagaimana yang saya sebutkan pada n3 yang lepas.  Afrohah menempah rainbow cake bertemakan "Save Palestine", Baked Macaroni dan Apam LadyBird Mekar.


Perfect Combo For A Celebration!!!



Rainbow Cake bertemakan  "Save Palestine"




Baked Macaroni  dengan perkataan   "Happy Birthday Ayah & Ummi".  
Semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki, Amin.



Idea yang menarik bukan.  Kalau tak suka makan kek boleh cuba makaroni.



Apam LadyBird Mekar.  First time customer order apam ni, hehehe.  Terimakasih Afrohah kerana memahami apam yang sekejap jadi sekejap tak ni.


Senang buat apam ni, tak payah susah payah adjust api utk dptkan bentuk ladybird.  Bila mekar jadila pula "apam happybird",   tentu ceria suasana. 


Ini sms feedback yang saya terima keesokan harinya daripada Afrohah  :-

Salam Kak Watti, alhamdulillah semua juadah semalam sedap2 dan lawa2 belaka.  In sha Allah lepas ni kalau balik Ptg Pauh kami nak try kek dan pastry Kak Watti yang lain pulak.

Alhamdulillah, terimakasih banyak, syukur ke hadratNYA kerana memungkinkan segalanya.  In sha Allah jika ada rezeki boleh kita berurusan lagi.



Selamat Hari Lahir diucapkan buat Ariff dan Akeef, semuga hidup kalian berdua dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah senantiasa, amin.



Terimakasih banyak diatas tempahan ini, sebarang kekurangan haraplah dimaafkan.

No comments:

Post a Comment