Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Seberang Perai Pulau Pinang
Saturday, October 15, 2011
Chocolate Bottom Banana Square
Salam,
Apa khabar semua??? Harap semua rakan rakan berada di dalam keadaan sihat walafiat ya. Saya ni, macam biasalah, kalau ada N3 tu maknanya masih bernafas lagi lah...hahahah Alhamdulillah, saya sekeluarga sihat semuanya.
Semalam, jiran sebelah bagi pisang, buah tangan dari kampung. Kepala ni cepat aja terbayang pada Chocolate Bottom Banana Square yang masih belum dicuba, ketinggalan zaman betulla saya ni, kan??
Alhamdulillah, kejadian kek ini lembut dan sedap rasanya. Saya gunakan loyang bercutter saiz 10x10in sebab tu aja yang ada alam stok di rumah. Selepas dipotong kecil kecil dapatlah 64 keping semuanya. Senang nak makan ,sekali ngap seketul. Anak anak semua suka sebab ada rasa coklat dan cip coklat sekalli.
Jangan tak tahu, untuk pose istimewa ini, saya gunakan barangan recycle iaitu raga telur yang saya jadikan koleksi. Jadila kan, nak beli pinggan mangkuk yang ribu ribans tu rasanya macam tak berapa nak mampu, jadi pakai ajala apa yang ada, jimatkan??
Labels:
Banana Cakes,
Cakes,
Chocolate
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment