Friday, October 14, 2011

Japanese Souffle Cheese Cake

Salam untuk semua,

Hari ni tetiba nak buat kek cheese pulak, kerana ternampak cheese yang dah lama terperuk kat dalam petisejuk. Cheese cake memang favourite saya, kalau beli kat bakery tu selalunya beli sepotong aja, tak berani makan banyak2 takut lain pulak jadinya dan harganya pun boleh tahan gak..... Bila menikmati kek ini selalunya saya makan sikit sikit dan perlahan-lahan supaya terasa akan keenakkannya.


Japanese Souffle Cheese cake keluaran de Watties Delight. Selalu tengok kat rumah orang aja, kali ni kita tayang pulak kat rumah sendiri, amacam, menarik takkkkk.


Deko yang simple2 aja, selongkar petisejuk, jumpak buah oren, apalagi..... itulah jadi hiasannya......ditambah sedikit fresh cream.


Tak tahan betul saya tengok kek ni, tak sabar2 nak rasa dan ternyata rasanya memang tidak dapat disangkal lagi, sedap banget.




Masa ni kek baru keluar dari oven, tak deko lagi.... posing sikit. Tengokla kehalusan tekstur kek ini. Masa mengeluarkan kek dari loyang, tangan ni terganas sikit, habis tepi dan atasnya tercuit, cacatler sikit. Tapi takper, kecacatan dah dicover dengan mekap.

No comments:

Post a Comment