Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Seberang Perai Pulau Pinang
Friday, October 14, 2011
Selamat Bertunang Asrul dan Azilah
Salam semua,
N3 selingan. Hari ni kita jamu mata lak dengan gambar kek yer. Kek ini disediakan sempena majlis pertunangan Azilah dan Asrul. Azilah adalah anak saudara sebelah hubby saya. Kalau pangkat saya di sebelah hubby saya ni kenala pakai gelaran Mak Ndak pulak hehehe. Awal awal lagi Azilah dah menempah kek ni sempena hari bahagianya sewaktu datang beraya bersama ibunya pada hari raya haji yang lepas. Terima kasih Azilah kerana memberikan kepercayaan kepada Mak Ndak untuk menyiapkan kek ini sempena hari bahagia Azilah. Dan terimakasih juga kerana membuat tempahan awal, tak la kalut jadinya. Senang berurusan dengan Azilah ni, semuanya terserah kepada saya, buatlah kek apapun katanya, buat cantik cantik sikit.
Idea dan inspirasi datangnya melalui blog sifu sifu kek yang dah pioneer dalam bidang ini. Terima kasih kepada semuanya, dan sekiranya ada yang tercilok sedikit sebanyak harap dihalalkan yer. Sebenarnya dah lama benar saya teringin nak buat bunga rose tanpa kon ini. Alhamdulillah cubaan pertama saya bermain main dengan icing utk menghasilkan rose tanpa kon berhasil.
Kek berperisa strawberry ini dilapisi buttercream dan strawberry jem beserta isiannya, hmmmm terasa rasa akan keenakkan kek ini……
Bunga bunga mekar di jambangan, cantik kan bunga rose ni dengan warna warna pastel, lembut dan redup saja mata memandang nya. Gembira sungguh saya menghasilkan kek ini, walaupun mengambil masa yang agak lama namun saya sangat sangat berpuashati. Sewaktu Azilah, ibunya dan saudara terdekatnya datang mengambil kek, seronok sungguh hati mereka melihat kek ini, alhamdulillah kelihatannya mereka sangat berpuashati dengan kek yang dihasilkan, tak henti henti mereka memuji hiasan
kek ini, malu pulak saya jadinya, bangga pun ada gak, tapi tak riak yer………hehehehe, manala ada orang yang tak suka dipujikan, yer dak, semangat nak membaking pun bertambah tambah lagila. Mereka siap kata nak promosi lagi kek kek saya, waaaaaaaa terima kasih banyak banyak.
Buat Azilah dan Asrul, tahniah diucapkan di atas pertunangan kalian berdua, semuga hidup kalian berdua bahagia sampai ke syurga, Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment