Friday, October 14, 2011

Happy Birthday Asrul


Salam semua,

Kek lagiiiiiiii, harap takder yang jemu melihat kek saya yer. Satu lagi kek hari lahir yang saya buat untuk majlis pertunangan Asrul dan Azilah tempohari.
Hari pertunangan mereka adalah juga merupakan hari lahir si teruna, Asrul. Tahniah diucapkan. Semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.
Sebenarnya kek ini saya buat untuk Azilah kerana menyangkakan Azilah yang akan menyambut hari lahirnya, salah dengar la saya hari tu. Sebab tu la saya buat bunga rose. Mujur juga nama Azilah saya tuliskan kat atas board dan bukannya kat atas kek, kalau tidak nyesal tak sudah la saya sebab tak boleh nak dibetulkan lagi.
Lepas Azilah beritahu kek itu untuk hari lahir Asrul, cepat cepat saya betulkan dan tulis semula nama Asrul.



Kek yang dilimpahi coklat ganache ini dihiasi pula dengan bunga bunga coklat yang mekar menguntum. Cantik kan. Kiri kanan, atas bawah semuanya coklat,
kek pun kek kaya coklat. Fully chocolate cake la niiiiiii, hmmmmm nyum nyum, bayangkan la kalau dapat kat bebudak kek ni………. Hancusssss



Semuga Azilah dan Asrul berpuashati dan terima kasih bebanyak diucapkan diatas tempahan ini. Nanti leh order kek kahwin lak yer, hehehe.

No comments:

Post a Comment