Sunday, October 16, 2011

Kek Gulung Kasih



Salam semua,
Petang kelmarin memberanikan diri buat Kek Gulung Kasih yang glamour ni. Merata rata nampak orang dok buat.


Mencabar jugak buat kek gulung ni, perlu berhati hati kalau tak kek merekah ataupun melekat. Kena buat lembut lembut dan ayu ayu gitu.......ahakssss


Tengoklah hasil gulungan kek saya. Bab menggulung ni saya tak berapa arif, kena banyak praktis lagi. Kek gulung saya tak berapa bulat gulungannya, jadi bujur la pulak, lepas tu tang hujung hujung dia melekat sikit, mungkin sebab permukaannya masak tak sekata.



Saya tak buat tompok tompok. Saya lorekkan saja ikut gerak jari jemari kasarku ni selepas meletak beberapa tompok kat atas kek. Saya gunakan warna kuning dan hijau saja, tp bila masak cuma warna hijau saja yang kelihatan, warna kuning lak hilang, hmmmm mungkin warna asal kek dan warna kuning yang saya gunakan seakan akan warnanya. Tekstur kek ni sangat sangat halus dan lembut. Saya sapukan buttercream kat dalamnya. Disebabkan kek ni pun kecik aja, sekejap aja dah selesai, tanggung beres.





No comments:

Post a Comment